berita

Dah Boleh Tonton Pulang Di Netflix

October 12th, 2018 | by Wan
Filem Tempatan

Selepas menerima sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai semasa ditayangkan di pawagam tempoh hari, filem Pulang arahan Khabir Bhatia kini boleh ditonton secara eksklusif di Netflix yang merentasi 190 negara seluruh dunia bermula 28 September 2018.

Artikel Berkaitan: Penuh Emosi & Menyentuh Jiwa, Sila Sediakan Tisu Sebelum Menonton Pulang

Penayangan filem epik pengembaraan lakonan Remy Ishak dan Puteri Aishah di Netflix merupakan yang pertama buat penonton global menontonnya melalui platform berkenaan yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

Kisah kelasi

Pulang menceritakan tentang seorang pelaut yang berasal dari sebuah perkampungan kecil di Malaysia yang mengambil keputusan untuk bekerja di atas kapal dagang mengelilingi dunia dengan harapan dapat kembali memberi kekayaan kepada isteri dan anaknya. Namun, janjinya untuk pulang tidak pernah tertunai, meninggalkan cucunya untuk mendedahkan cerit sebenar selepas enam dekad.

Filem epik ini dibintangi pelakon Malaysia, Remy Ishak dan Puteri Aishah Sulaiman menampilkan sinematografi yang menakjubkan, skor muzik yang gah dan jalan cerita yang indah merentasi seluruh dunia dari Malaysia, Hong Kong hingga ke Liverpool.

Puas hati

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar mengakui sangat teruja kerana akhirnya filem Pulang boleh ditonton orang ramai dari serata dunia. Ianya sejajar dengan usaha Media Prima untuk memperluaskan capaian dan audiensnya secara global.

Salah satu misi Primeworks Studios adalah untuk membawa cerita-cerita Asia ke persada dunia. Kami sangat filem Pulang telah berada dalam perkhidmatan penstriman Netflix yang sanagt popular dengan jutaan pelanggan di seluruh dunia.

Kami gembira melihat orang ramai dari serata dunia dapat menonton filem luarbiasa Khabir Bhatia ini.

SKIP THIS AD ×