Walaupun perbuatan jijiknya telah terbongkar dalam episod ke-32 drama ‘Cukup Derita Itu’ baru-baru ini, Ellana (Chacha Maembong) masih mempunyai niat yang jahat untuk mendapatkan Zarul (Hisyam Hamid).
Artikel berkaitan: Tidur Dengan Mat Salleh & Gugurkan Kandungan, Perbuatan Jijik Lana Akhirnya Kantoi! Netizen Puas Hati Tengok Babak Chacha Maembong Kena Cekik
Artikel berkaitan: Jijik & Benci Tengok Muka Isteri, Zarul Akhirnya Ceraikan Ellani – Penonton Rasa Macam Nak Tumbuk Muka Hisyam Hamid?
Jangan nak ambil kesempatan
Dalam episod semalam, Lana dilihat cuba menggoda Zarul sewaktu bekas abang iparnya itu sedang tidur. Terkejut dengan perbuatan jijik Lana, Zarul menghalaunya keluar dari bilik dengan kadar segera. Bukan itu sahaja, Lana turut memberi peringatan kepada Lani agar jangan mengambil kesempatan terhadap kesedihan Zarul. Lana juga yakin bahawa Zarul akan kembali kepadanya selepas ini walau apa cara sekalipun. Geram mendengar kata-kata Lana, Lani turut meminta kakaknya itu segera bertaubat dan jangan mengulangi kesilapan yang sama semasa berada di luar negara tempoh hari.
Sebagai seorang yang kaki ‘berlakon’ Lana turut merayu kepada Zarul agar diberi peluang terakhir. Antara kata-kata yang dikeluarkan oleh Lana semalam ialah ‘Lana dah berubah dan bertaubat, tolonglah beri Lana peluang untuk hidup bersama abang’. Mendengar dialog tersebut, rata-rata netizen berharap Zarul tidak memberi peluang kepada Lana.
Kita rujuk balik sayang?
Seperti yang dijangka oleh semua penonton, Zarul merayu kepada Lani untuk rujuk kembali sebagai suami isteri. Ujar Zarul, dia tidak sanggup berpisah dengan isteri dan anak-anaknya. Teringat kembali peristiwa yang lalu, Lani memberitahu dia tidak akan menerima Zarul sebagai suami. Hanya perasaan sedih dan kecewa bermain di ingatan Lani sebaik sahaja terkenang nasibnya sewaktu diceraikan oleh Zarul menerusi Whatsapp. Jelas Lani lagi, perbuatan Zarul seolah satu penghinaan yang cukup dahsyat buat dirinya.
Menerusi video teaser yang dimuat naik oleh Siti Rosmizah di Instagram, Lana dipercayai sedang mengandung. Namun, teka teki mengenai siapa bapa kepada bayi tersebut masih belum terjawab. Lana turut menyatakan bahawa dia tidak mahu menggugurkan kandungan tersebut. Mesti korang tak sabar nak tahu apa pula perancangan keji Lana untuk mendapatkan Zarul kan? Jangan lupa tonton episod malam ni okay!