Aktor terkenal Hairul Azreen memang terkenal sebab mempunyai badan yang sado, tapi tak selalu dia tayang bisep dia kan? Kali ini korang boleh lihat Hairul Azreen tayang bisep dia hanya untuk korang tau!
Macam yang kita tahu, Hairul Azreen memang seorang yang sangat sibuk dan hanya mahukan yang terbaik untuk keluarganya. Dia hanya mahukan sesuatu yang mudah dan cepat lagi-lagi berkaitan kewangannya.
Ha, kalau korang nak tahu kini Hairul Azreen telah bekerjasama dengan Maybank untuk hasilkan iklan yang sangat luar biasa. Bukan biasa-biasa tau!
Jom kita tengok, kenapa Hairul Azreen tayang bisep dia. Excited nya!
Semuanya berada dihujung jari!
Memang tidak dapat dinafikan lagi, kemudahan memainkan peranan yang besar untuk Hairul Azreen, sebab itulah dia memilih melakukan segala keperluan perbankannya melalui aplikasi MAE Maybank. Semuanya semudah ABC!
Bak kata Hairul Azreen, kalau bukan dalam genggamanya maka ianya tidak mudah. Jadi korang tunggu apa lagi cepat muat turun aplikasi MAE Maybank ini untuk rasai pengalaman macam Hairul Azreen.
Kini korang boleh membuat permohonan Pinjaman Peribadi Maybank atau Pembiayaan Peribadi-i Maybank Islamic hanya dalam satu aplikasi jer. Biar betul!
Lepas ni korang tak payah tunggu lama-lama dah atau sediakan banyak dokumen fizikal hanya untuk membuat pinjaman peribadi.
Dengan aplikasi MAE Maybank, segala pembiayaan peribadi berada dalam genggaman korang tau. Mantap!
Antara faedah yang korang bakal terima ialah :
- Pembiayaan sehingga RM100,000
- Tempoh sehingga 6 tahun
- Kadar faedah serendah 6.5%
Yelah zaman sekarang kan, memang kita bergantung dengan teknologi lagi-lagi telefon mesti sentiasa ada kat tangan korang.
Bukan hanya untuk kecemasan, aplikasi MAE Maybank juga memudahkan korang mendapat jaminan kewangan tambahan sekaligus korang boleh melihat Maybank sebagai satu keperluan pembiayaan pribadi yang terbaik.
Mesti korang tertanya-tanya macam mana nak mohon kan? Ha, korang ikut jer langkah yang disediakan seperti berikut.
Kita memang tidak boleh meramal masa depan, tapi apa yang kita boleh lakukan ialah sentiasa bersedia. Ketahuilah bahawa korang boleh memohon pembiayaan peribadi Maybank terus di aplikasi MAE Maybank atau laman web Maybank2u. Hanya klik-klik je!
Pinjaman Peribadi Maybank atau Pembiayaan Peribadi-i Maybank Islamic ini memang mudah dimohon dan tidak memerlukan dokumen yang rumit, sebab itu korang kena jadikan Maybank ini sebagai bank pilihan pertama korang.
Bukan setakat itu, korang hanya memerlukan 10 saat sahaja untuk permohonan diluluskan bagi pelanggan dengan gaji bulanan yang dikreditkan ke dalam akaun Maybank mereka. Mudah dan cepat!
Untuk korang yang tidak mempunyai gaji yang dikreditkan terus ke akaun Maybank, korang boleh rujuk gambar diatas untuk mengetahui dokumen apa yang perlu dimuat naik dalam aplikasi MAE Maybank ni tau. Sangat mudah!
Bagus kan aplikasi MAE Maybank ni, semua orang boleh gunakan janji korang muat turun jer. Cara ini memang amat sesuai untuk kita yang masih berjuang untuk menghentikan rantaian Covid-19.
Walaupun kita sudah beralih ke fasa endemik, Standard Operating Procedure (SOP) tetap perlu diamalkan dimana kita berada. Dengan aplikasi MAE Maybank ni, korang boleh pantau segala kewangan korang di rumah jer tau. Hebat kan!
Korang berpeluang untuk menang wang tunai bernilai RM50,000!
Macam tak percaya yang korang boleh menang wang tunai sehingga RM50,000 dengan Pinjaman Peribadi Maybank atau Pembiayaan Peribadi-i Maybank Islamic. Wow!
Peluang ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur antara 21-60 tahun, dengan pendapatan kasar bulanan RM3,500 atau lebih.
Hanya memohon melalui aplikasi MAE Maybank atau laman web Maybank2u dan berpeluang untuk menang. Kempen ini bermula dari 15 March 2022 hingga 15 July 2022.
Apa… korang bukan pelanggan Maybank?, jangan risau korang boleh daftar untuk MAE Maybank secara percuma dan boleh melakukannya serta-merta dan menikmati segala promosi dan kemudahan yang disediakan tau.
Korang juga boleh menikmati semua ciri M2U daripada aplikasi Maybank2u MY sebelum ini dalam aplikasi baharu MAE Maybank ni tau.
Betul cakap Hairul Azreen memang mudah dan cepatlah aplikasi MAE Maybank ni, segalanya berada di genggaman kita. Cepat tunggu apa lagi, korang boleh muat turun aplikasi MAE Maybank sekarang di Apple App Store dan Google Playstore
Korang boleh klik Pinjaman Peribadi Maybank atau Pembiayaan Peribadi-i Maybank Islamic untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.