berita

‘Dah Lama Tak Puas Hati’ – Mahu Tarik Diri Dari UNIC, ‘Pergaduhan’ Najdi & Bazli Hanya Gimik?

January 9th, 2018 | by Ai
Isu & Kontroversi

Setelah menyepi buat beberapa tahun, nama UNIC di angkat semula selepas mereka menjuarai satu program pertandingan nasyid Gema Gegar Vaganza 2017. Masih tak lekang di ingatan kisah mereka sama-sama menjalankan misi kemanusiaan di bumi Syria walaupun pelbagai rintangan terpaksa mereka hadapi sehingga ditangkap polis Turki. Keakraban persahabatan mereka ini sering kali mendapat pujian daripada netizen.

Namun, satu berita mengejutkan telah berlaku apabila salah seorang ahli kumpulan UNIC,  Imam Muda Najdi dikatakan telah menarik diri daripada kumpulan tersebut gara-gara berselisih faham dengan Bazli. Ternyata berita tersebut telah mengejutkan ramai peminat nasyid di Malaysia.

Aku dah lama tak puas hati dengan kau?- Najdi

View this post on Instagram

Aku mmg dah lama tak puas hati dgn kau

A post shared by Imam Muda Najdi (@najdiunic) on

Semalam Imam Muda Najdi telah memuat naik satu perbualan Whatsapp di Instagramnya beserta kapsyen ‘aku dah lama tak puas hati dengan kau’. Kapsyen tersebut menguatkan lagi spekulasi bahawa terdapat masalah dalaman yang sedang dihadapi UNIC ketika ini. Menerusi Harian Metro, Najdi memberitahu memang post tersebut ingin ditujukan kepada Bazli.

Saya mahu tarik diri sebab ada isu. Sebenarnya saya bergaduh dengan Bazli. Tak tahu nak cakap macam mana.

Isu ini sudah lama dan saya rasa bekerja dengan Bazli sangat sukar sebab dia seorang yang suka cakap lepas. Bagaimanapun, saya tiada masalah dengan Fakhrul.

Kesabaran saya sudah mencapai had dan berharap keputusan itu memberi keselesaan kepada perjalanan kerjaya Unic selepas ini.

Saya hanya tegas- Bazli

Image result for bazli unic

Menerusi Harian Metro, hari ini Bazli menjelaskan tindakan Najdi meluahkan perasaan di laman Instagram tidak ubah seperti cara budak-budak sebaliknya perkara itu boleh dibawa berbincang.

Saya bukan panas baran, garang dan main cakap lepas, tetapi tegas dalam bekerja.

Kalau betul ada perkara yang tak puas hati, kenapa tidak mesej atau jumpa secara personal? Mungkin ada perkara yang dia tak puas hati, tetapi bukan dengan cara ini.

Kenyataan dibuat Najdi saya tak boleh kata keterlaluan sebab dia dalam keadaan ‘panas’. Namun, saya tetap nak pertahankan diri yang mana tak sepatutnya dia berkata saya sedemikian.

Saya akui seorang tegas dalam bekerja. Jadi, ini perkara biasa. Dalam masa sama, Najdi pula masih baru dalam bidang ini dan saya anggap ini proses pembelajaran untuknya.

Dalam grup Whatsapp dia tak cakap apa-apa pun. Dia hanya diam. Malah, sesi ketika menjayakan promosi lagu Sedar di stesen radio Zayan pagi tadi pun dia tidak ada. Saya pula tak ada mesej dia secara peribadi.

Mengenai keputusannya ingin tarik diri keluar kumpulan, saya tak boleh nak komen lebih. Sebabnya baru dua hari dan keadaan masih ‘panas’. Kita bagi dia sejuk dulu. Lagi pula, masalah boleh dibawa berbincang.

Tamparan hebat buat industri nasyid

Related image

Ternyata keputusan Najdi ini menjadi satu tamparan hebat buat industri nasyid di Malaysia. Ramai netizen turut terkejut dan bersedih dengan keputusan ini. Najdi dilihat sudah sebati dengan kumpulan UNIC walupun hanya diserap masuk dua tahun lepas.

Diharap isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan tidak dibiarkan berpanjangan diantara kedua-dua belah pihak. Sementara itu yang mengatakan ‘perbalahan’ ini hanya sebahagian daripada gimik mereka untuk pentas akhir Anugerah Nasyid 2017. Betul atau tidak sama-sama kita saksikan.

Sumber: Harian Metro, Imam Muda Najdi