berita

Konsert Opick & Sakti Live In Kuala Lumpur Jadi ‘Ubat’ Buat Penonton, Guitar Milik Eros SO7 Dibida Dengan Harga RM11,000 Untuk Rakyat Palestin

November 12th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Konsert Opick & Sakti

Konsert Opick & Sakti Live In Kuala Lumpur yang telah berlangsung semalam (Sabtu) telah dibanjiri ribuan penonton yang hadir ke Zepp Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Konsert Malam Bulan Bintang Bawa Siti Nurhaliza, M Nasir, Opick & Sabyan, Tak ‘Goyang’ Bertembung Dengan Blackpink World Tour

Dipenuhi peminat berbusana putih

Konsert Opick & Sakti

Menerusi konsert yang dibawa penaja utama, Al Kauthar Eduqids serta penganjur Icon Entertainment, ZEPP Kuala Lumpur dipenuhi dengan penonton yang memakai pakaian berona putih bagi memenuhi tema bagi konsert tersebut.

Mengulas lebih lanjut tentang penglibatan Sakti yang merupakan bekas gitaris kumpulan Sheila On 7, penganjur Iman Tang mengatakan usaha membawa Sakti pulang ke belantika muzik bukanlah untuk mengganggu istiqamah beliau dalam menelusuri jalan kerohaniannya.

Icon Entertainment sebenarnya cukup bertuah kerana Sakti bersetuju tampil di panggung dan Malaysia melakar sejarah kerana beliau belum pernah muncul memetik gitar dalam konsert penuh walaupun di Indonesia.

Semoga Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi – Opick & Sakti Live In Kuala Lumpur mencapai matlamat dan memberi manfaat buat kita semua.

Konsert ini turut dijayakan artis-artis Malaysia iaitu Amir Masdi, Fazura, Zizi Kirana, Adi Priyo, Yabang Khalifah dan UNIC serta diiringi oleh pemuzik handalan Malaysia seperti Ujang Exists, Johan John, Eddie Slam, Kabung, Acik serta Arif Izo dan penyanyi iringan iaitu Ayuni dan Fuad.

Gitar milik Eros SO7 dibida dengan harga RM11,000

Konsert Opick & Sakti

Sementara itu, konsert Opick & Sakti ini juga menyaksikan gitar Washburn Bantam Travel Guitar milik Eros Sheila On 7 yang turut ditandatangi oleh Opick dan Sakti berjaya dibeli dengan jumlah bidaan RM11,000 oleh seorang penonton.

Untuk makluman, hasil bidaan tersebut akan disalurkan sepenuhnya buat rakyat di Palestin yang sedang bertarung nyawa melawan keganasan rejim Zionis. 

SKIP THIS AD ×