berita

Dah Macam Tarik Tali, Netizen Terhibur Tengok Cara Anggota JPAM Tarik Ular Sawa Dari Enjin Kereta

October 31st, 2022 | by Wani
Kini Trending

 

Sekadar gambar hiasan

Pemilik sebuah kereta berjenama Toyota terpaksa meminta bantuan daripada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) apabila seekor ular sawa yang bersaiz besar berada di enjin keretanya di Petaling Jaya.

Artikel Berkaitan: Pelanggan Tak Jadi Basuh Baju, Ular Sawa ‘Lepak’ Dalam Mesin Basuh Dobi 

Artikel Berkaitan: Terhidu Bau Bangkai Masa Memandu, Gadis Cemas Bila Dapat Tahu Ular Sawa Tersepit Dekat Enjin Kereta! 

Tarik ular macam tarik tali

Menerusi video seorang pengguna Tiktok (@ceq86) yang dimuat naiknya, kelihatan anggota JPAM sedang berusaha menarik ular sawa keluar daripada enjin kereta yang membuatkan para netizen terhibur dengan cara mereka. Menurut warganet, cara anggota JPAM menarik ular sawa tersebut seperti tarik tali.

Berikutan itu, terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan cara anggota JPAM mengeluarkan ular sawa tersebut. Perkongsian video menerusi akaun pengguna Tiktok Ceq86 tersebut berjaya meraih 295, 700 jumlah tontonan setakat ini.

Netizen terhibur

Sumber: Ceq86

SKIP THIS AD ×