berita

Lelaki Mabuk Hampir Maut Dibelit Ular Sawa Ketika Swafoto

October 26th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang lelaki mabuk di India nyaris maut ketika dia cuba mengambil swafoto dengan seekor ular sawa besar.

Artikel Berkaitan: Kastam Tahan Wanita Seludup Ular, Lipan Dalam Pakaian Dalam

Artikel Berkaitan: Dikecam Persatuan Haiwan Malaysia, Aaron Aziz Perjelas Perkara Sebenar – ‘Saya Banyak Kali Tanya Kucing Okay Ke Tak?’

Rebah ke tanah

Kejadian ini berlaku di sebuah stesen minyak di mana Chandran membawa ular sawa tersebut dalam keadaan mabuk untuk merakam swafoto.

Bagaimanapun, Chandran rebah ke atas tanah apabila ular sawa itu mula membelitnya selepas dia meletakkan di belakang leher.

Dia bernasib baik kerana seorang pekerja stesen minyak datang menyelamatkannya tepat pada masa.

Ekoran daripada itu, ular sawa tersebut menjalar lalu hilang di bawah lori berhampiran.

Abhishek menyatakan walaupun dia takut dengan ular, dia tetap membantu Chandran yang sedang bergelut dengan ular sawa tersebut.

Saya tidak pernah berdepan dengan ular tetapi melihat Chandran bergelut, saya terus mendapatkan guni dan berlari ke arahnya.

Dia bergelut dengan susah payah, saya berjaya menarik ekor ular itu dan tidak lama kemudian ia melonggarkan cengkamannya lalu menjalar pergi.

Walau bagaimanapun, tiada laporan mengenai kecederaan yang dialami mangsa akibat kejadian itu.

Sumber: Daily Star 

SKIP THIS AD ×