berita

Dah Padam Video Baby Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid Mohon Maaf

April 23rd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Terdahulu, viral video menyaksikan penyanyi Dato Sri Siti Nurhaliza menerima kunjungan ramai termasuk ahli keluarga selepas dia melahirkan anak kedua di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Artikel berkaitan: Tya Ariffin Kongsi Video Eksklusif Sambut Kelahiran Anak Kedua TokTi, Comel!

Artikel berkaitan:  [FOTO&VIDEO] Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Anak Kedua, Comel Macam Aafiyah!

Pasangan Asyraf Khalid, Tya Ariffin turut kelihatan berkunjung ke hospital tersebut dan sempat merakam momen indah kelahiran bayi itu untuk dimuat naik di laman YouTube. Namun video tersebut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan penonton yang mendakwa ianya melanggar SOP.

Sudah dapat kebenaran hospital

Memetik laporan Harian Metro, Asyraf Khalid menjelaskan dia sudah mendapat kebenaran pihak hospital dan perlu mematuhi dengan SOP ditetapkan. Malah, dia turut menjelaskan mengenai jurukamera dan jurufoto yang kelihatan hadir ke hospital tersebut.

Pada asasnya semua ikut SOP. Kami pakai pelitup muka dan sebagainya. Cuma, ketika ambil gambar pihak jurufoto dan jurukamera minta buka. Semua orang yang datang pada hari tu sudah mendapat kebenaran pihak hospital.

Sebagai anak, apabila Mak Iti nak bersalin, tentu saja gembira. Lagipun jarak hospital dengan rumah saya hanya lima minit saja.

Saya minta maaf

Difahamkan, jurukamera dan jurugambar itu adalah dari pihak Siti Nurhaliza Productions (SNP) bagi tujuan rakaman. Asyraf bagaimanapun memohon maaf sekiranya perkara tersebut mengundang pertikaian ramai pihak.

Mungkin ada juga salah saya di situ dan saya belajar dari kesilapan itu. Kalau ikut kebiasaan, jika dapat adik baharu mestilah nak kena pergi tengok. Tapi, dalam keadaan sekarang normal itu sudah berubah.

Jadi, saya minta maaf jika perkara ini ada mengguris sesiapa termasuk netizen. Saya dengan keluarga okay. Harapnya perkara ini tak dibesarkan dan biarlah ia reda.

Malah, video Vlog yang pernah dikongsikan Tya Ariffin di laman YouTube telah pun diturunkan bagi menghormati privasi Siti Nurhaliza.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×