Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat berkongsi memori semasa ulang tahun kelahiran puteri sulungnya, Ana Nayla.
Artikel Berkaitan: Ayda Jebat ‘Berehat’ Daripada Lakonan Demi Anak
Artikel Berkaitan: Mungkin Alami Alahan Ubat, Kulit Anak Ayda Jebat Semakin Pulih Daripada Kemerah-Merahan
Genap setahun
Sempena ulang tahun kelahiran yang pertama Ana Nayla, Ayda Jebat telah memuat naik sebuah video di akaun Instagram miliknya. Bukan itu sahaja, pelakon dan penyanyi tersebut turut menitipkan doa agar puteri sulungnya itu membesar dengan baik dan menjadi anak yang bijak.
You thought us a lot. Stay cute and behave! Jadi anak yang bijak, dan orang yang berguna insyaallah. Love you boss baby @ananaylaofficial muka garang
Sebagai ibu, Ayda Jebat juga turut berkongsikan perkembangan anaknya sebelum memasuki setahun. Ujar Ayda Jebat, dia berharap agar anaknya sentiasa sihat dan dijauhi penyakit. Jelas Ayda Jebat, anak sebelumn ini pernah jatuh katil sebanyak dua kali dan juga dijangkiti Covid-19.
Pernah jatuh katil 2 kali, kena covid sekali, jangan yang teruk lagi baby.. huhu! Baby korang macam mana dalam masa 1 tahun?
Terdahulu, Ayda Jebat dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 selepas mengikat tali pertunangan pada 28 April 2020. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September tahun lalu.
Video
Sumber: @aydajebat