berita

Dahlah Malas Buat Assignment, Nak Bayar Upah RM200 Je Buat Animasi

November 14th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Bergelar sebagai seorang pelajar universiti sudah menjadi kebiasaan untuk membuat tugasan (assingment) yang diberikan oleh pensyarah dan mereka perlu menghantar pada tarikh yang telah ditetapkan. Tugasan yang diberi akan dinilai berdasarkan prestasi pelajar tersebut dan keputusan akan dikeluarkan di hujung semester.

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Bagi Alasan’ – Lagi Kes Pensyarah ‘Sombong’, Berkeras Minta Pelajar Hantar Tugasan Walaupun Banjir

Artikel Berkaitan: Minta Kelonggaran Jawab Ujian Sebab Rumah Banjir, Jawapan Pensyarah Ini Buat Pelajar Kecewa

Namun, lain pula kisah yang berlaku dikongsi seorang Pengarah Animasi, dikenali sebagai Ayie Creatvtoon di mana seorang pelajar yang dikatakan ‘culas’ dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya. Lelaki ini turut berkongsi tangkap layar perbualan bersama pelajar tersebut yang boleh dijadikan ikhtibar buat orang ramai.

Pelajar upah suruh buat assingment

Foto: Ayie Creatvtoon

Kisahnya bermula, apabila datang seorang pelajar yang dipercayai mahu mengupah lelaki ini bagi melakukan assingment yang telah diberikan oleh pensyarahnya. Namun begitu, tawaran harga yang diberikan seolah-olah tidak masuk akal dan dia hanya menawarkan RM200 sedangkan kos untuk melakukan kerja tersebut menelan kos hampir RM3k.

Mengulas lebih lanjut, lelaki ini mendakwa bukan dia seorang sahaja yang menjadi ‘mangsa’ pelajar tersebut dan ramai lagi yang sudah terkena. Dia pada masa yang sama, sempat memberikan nasihat kepada pelajar ini dan berharap agar pensyarahnya mengambil tindakan atas apa yang telah dilakukan olehnya.

Ok. Aku ingat malas nak layan budak ni. Tapi rupa-rupanya satu Malaya (Malaysia) dia contact untuk buatkan rigging character untuk assignment dia dengan harga sampah.

So, ada baiknya kau berhenti je belajar adik. Tunggu orang masuk minang. Mohon lecturer ambil tindakan terhadap pelajar-pelajar sebegini!

Mesej penuh:

Foto: Ayie Creatvtoon

Difahamkan, harga yang ditawarkan oleh pelajar berkenaan adalah tidak setimpal dan pelajar itu dipercayai berulang kali meminta lelaki berkenaan mengambil upah membuat tugasannya.

Aku memang tak terima orang macam ini dalam industri. Jenis macam ini la yang merosakkan industri. Awak silap orang adik, lain kali study dulu siapa awak approach.

 

Foto: Ayie Creatvtoon

Berani betul dia!

Sumber: Ayie Creatvtoon

SKIP THIS AD ×