Pendakwah selebriti Da’i Syed memaklumkan dia dan isteri, Hana Ismail sedang menghitung hari menanti kelahiran anak sulungnya.
Artikel berkaitan: Da’i Syed Tarik Balik Rayuan Bela Diri Pertuduhan Kes Merogol
Artikel berkaitan: Da’i Syed & Isteri Bakal Timang Cahaya Mata
‘Tinggal dua, tiga minggu’
Menurut Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 29, memberitahu isterinya tidak mengalami simptom kehamilan yang teruk.
Insya-Allah saya dah nak menimang cahaya mata. Isteri saya dah sarat tinggal tunggu lagi dua, tiga minggu.
Hana tak ada apa-apa simptom, tiada alergi, dia baik-baik sahaja tapi rasanya lebih kepada saya. Saya yang banyak mengidam daripada dia.
Disoal tentang jantina bayi yang akan dilahirkan, Da’i Pendakwah Nusantara musim keempat ini bertindak mahu merahsiakan terlebih dahulu.
Sementara itu, Syed bersyukur dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dalam kerjaya lakonan dan perniagaannya.
Nak jadi ayah ni rezeki makin banyak, Alhamdulillah. Dapat tawaran berlakon filem, ada buat agensi pelancongan dan isteri saya menjual batu-batu kristal.
Syed berkata demikian semasa ditemui di majlis doa selamat filem Dajal yang diadakan di Metrowealth, Petaling Jaya, semalam.
Untuk rekod, Syed mendirikan rumah tangga dengan pengacara, Hana Ismail pada 3 Disember 2022.