berita

Da’i Syed Pujuk Hana Ismail Menangis, Terkesan Dengan Komen Netizen ‘Kurangkan Menari’

July 28th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Da'i Syed

Hasrat pendakwah selebriti, Da’i Syed dan Hana Ismail untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian selepas isterinya mengalami keguguran pada Rabu lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Dakwa Nampak Foto Imbasan ‘Ultrasound’, Da’i Syed Bakal Jadi Bapa?

Artikel Berkaitan: Isteri Da’i Syed Keguguran

Kurangkan menari

Da'i Syed

Belum terubat lagi rasa sedih, Syed meluahkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir netizen yang langsung tidak memikirkan perasaan isterinya.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, penyanyi berumur 28 tahun itu berkongsi tangkapan skrin (screenshot) yang memaparkan komen salah seorang pengikut yang mengaitkan dengan aktiviti kegemaran mereka iaitu menari.

Selepas ini kurangkan menari atau buat benda berat. Tanpa kita ketahui, adanya (bayi) di dalam rahim. Kuasa Tuhan tanpa kita sedari.

Pemilik nama Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail menyatakan dia menghargai kata-kata semangat yang diberikan oleh warganet. Namun, apabila sudah melebih sehinggakan tidak menjaga sensitiviti, baginya itu sudah keterlaluan.

Emosi tak stabil

Hana Ismail

Sementara itu, di hantaran berbeza, Syed berkongsi video perbualan bersama Hana atau nama sebenarnya Nurul Hana Ismail yang sedang menangis pada pagi Jumaat.

‘Kita tak boleh halang apa orang nak cakap,” kata Syed

“Saya yang tengah rasa sedih. Saya ingat saya okey tau,” balas Hana.

“Insya-Allah ada rezeki nanti Allah bagi. Awak kan cakap Allah suka bergurau. Allah nak bagi benda baik pada kita,” jawab Syed lagi.

Pada malam Rabu lalu, Syed memaklumkan Hana dimasukkan ke hospital kerana mengalami keguguran ketika usia kandungan memasuki 10 minggu.

Untuk rekod, Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember tahun lalu di Kuala lumpur.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×