berita

Kongsi Foto Bayi Baru Lahir, Netizen Tanya Isteri PU Abu Yang Mana Bersalin

May 10th, 2021 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, bekas peserta progam Pencetus Ummah iaitu PU Abu Sufyan telah menceraikan isterinya iaitu Hana Azra dan timbul pula spekulasi mendakwa PU Abu kembali rujuk bersama bekas isterinya iaitu Ain ‘Afini. Walaupun begitu, tiada pengesahan lanjut mengenai dakwaan tersebut.

Artikel Berkaitan: ‘‘Tidak Ada Siapa Yang Akan Diceraikan Pun’ – PU Abu

Artikel Berkaitan: ‘Mata Hana Bukan Ditumbuk Oleh Saya’ – PU Abu Akui Dalam Proses Cerai Isteri Kedua

Artikel Berkaitan: ‘Antara Mereka Berdua Bukan Urusan Saya’ – Hana Azraa Jawab Status Rumahtangga Dengan PU Abu

Tetapi kali ini nama PU Abu sekali lagi hangat diperkatakan selepas tindakannya memuat naik satu foto bayi di Instagram miliknya.

Kongsi foto bayi

Perkongsian pemilik nama, Abu Sufyan Mokhtar tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya tertanya-tanya siapakah bayi di sebalik gambar yang dimuat naik oleh PU Abu. Walaupun tidak mendedahkan identiti serta nama dan hanya menulis kapsyen ringkas sahaja, tetapi kebanyakan daripada mereka mendakwa bayi tersebut merupakan cahaya mata PU Abu bersama isterinya, Ain ‘Afini yang dipercayai telah kembali rujuk sekitar dua tahun lalu.

Segala pujian bagi Allah di atas pemberian ini.Welcome to the world my hero. Abi love you and all my kids.

Meskipun begitu, PU Abu langsung tidak membalas komen dan pertanyaan netizen di Instagram tersebut, Malah, sehingga kini tiada sebarang respon daripada PU Abu berhubung perkongsiannya itu.

‘Anak yang keberapa ni pu?’

Sumber: Abu Sufyan Mokhtar

SKIP THIS AD ×