berita

Dalam Tak Sedar, Peningkatan Kadar Jenayah Di Malaysia Berpunca Daripada Anda Sendiri!

May 11th, 2015 | by Wan
Make-It-Senang

Jujurlah apa yang korang rasa bila menonton rakaman video kes jenayah rompak, ragut, buli, dan sebagainya di sosial media seperti Facebook dan Youtube?

Rasa kasihan sangat pada mangsa tapi pada masa yang sama rasa nak belasah je si pelaku tu kan?

Rakaman_CCTV_Kes_Ragut_Di_Taman_Molek_Johor_bahru

Percaya tak kalau kami katakan yang peningkatan kadar jenayah di Malaysia ini sebenarnya mungkin berpunca daripada diri korang sendiri? Korang mungkin tak sedar tapi itulah realiti yang terpaksa kita terima.

Walaupun pada awalnya kami agak terkejut dengan kenyataan ini namun selepas buat sedikit ‘research’, kami terpanggil untuk kongsikan pendedahan ini dengan korang.

Rokok Seludup Biaya Kegiatan Jenayah

seludup

Rasanya korang pun tahu yang rokok seludup memang cukup murah dan sangat mudah untuk didapati.

Tapi sayangnya ramai yang tak tahu bahawa keuntungan daripada penjualan rokok seludup ini digunakan untuk membiayai kegiatan jenayah terancang dalam negara mahupun global.

kt

Pada masa sama bayangkan kerajaan rugi hampir RM 2 billion setiap tahun di mana wang tersebut boleh dibelanjakan buat rakyat Malaysia.

Iyalah boleh naik taraf fasiliti dan kemudahan awam untuk kesenangan kita juga kan? Tapi disebabkan penjualan rokok seludup ini kita mungkin tak dapat merasa semua itu.

Laporkan Pada Kastam

kastemm

Jadi buat pembaca OHBULAN! yang masih beli rokok seludup, kami sarankan agar berhenti dan masih belum terlambat untuk sama-sama membanteras perkara ini.

Caranya cukup mudah, kalau korang ada nampak mana-mana kedai yang jual rokok seludup ini, laporkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di talian 1-800-88-8855.

Senang je nak ingat nombor tu kan? Macam nak order pizza je hihi.

Jangan Perjudikan Nyawa Orang Yang Tersayang

batt

Lagi banyak rokok seludup yang dijual di pasaran, bertambah tinggi lah kadar jenayah di negara kita ini. Pesan dekat keluarga dan kawan-kawan jangan beli rokok seludup seperti John, Gudang Garam dan banyak lagi.

Kami dah sampaikan informasi ini sekarang giliran korang untuk mainkan peranan. Takkan nak tunggu keluarga kita yang terkena baru nak bertindak?

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×