berita

Dapatkan Tiket Running Man Anda Esok!

July 19th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Running Man

Semua sedia maklum bahawa selebriti program gameshow popular, Running Man akan datang ke Malaysia pada 7 September 2013 dan sehubungan dengan itu, ini ada berita baik untuk anda semua.

Bermula 20 Julai ini, tiket Race Start! In Malaysia Running Man Fan Meeting Asia Tour 2013 akan mula dijual kepada umum dan penjualan tiket akan diadakan di Tingkat 15, Star Stage, KWC Fashion Mall atau Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur bermula jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tiket-tiket akan dijual dengan harga : Premium Zone RM 689, VIP Zone RM469, Purple Zone RM369, Yellow Zone RM269, serta pink Zone RM169.

Dalam pada itu, tiket-tiket juga boleh ditempah melalui talian TicketCharge bermula 21 Julai 2013.

Running Man EP153 Official Pic 01

Episode terbaru Running Man

Running Man EP153 Official Pic 16

Running  Man bersama pemain bola, Park Ji Sung & Evra

Secara umumnya ini merupakan kali pertama program Running Man diadakan di Malaysia dan hanya empat selebriti popular mereka sahaja dijangka akan hadir. Mereka adalah terdiri daripada Kim Jong Kook, Ha Ha, Gary dan Suk Jin.

Artikel Berkaitan :

Persoalannya di sini, mengapa hanya empat orang sahaja yang hadir? Mana pergi lagi tiga selebriti mereka iaitu Lee Kwang Soo, Yoo Jae Sook dan Song Ji Hyo?

Apa pun, untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari website rasmi www.bigpocketgroup.com atau laman Facebook www.facebook.com/Bigpocketgroup88.

SKIP THIS AD ×