berita

‘Dari Darjah 5 Aku Suka Kamu’ – Kisah Romantis 12 Tahun ‘Menanti’, Akhirnya Disatukan

September 5th, 2017 | by Wan
Lensa Insta

Kata orang, bercinta ketika dibangku sekolah hanyalah cinta monyet semata-mata. Tak ramai yang mampu bertahan lama, kebanyakannya hanya suka-suka je!

Berbeza buat pasangan ini yang berkenalan sejak 12 tahun yang lalu ketika dibangku sekolah rendah lagi, akhirnya diijabkabulkan. Kalau dah jodoh kan? Jom baca kisah mereka ini. Korang ada yang macam ini juga ke?

Dari darjah 5

Mesej ummi

Alkisahnya mula kat sk balok. Masa dajah 5. Jadi budak baru biasalah saham naik. Tak tahu cerita, kisahnya dia duk perati lama dah rupanya. Kahkah miang awal budak tu. Masuk tahun 6 selalu kena kacau paling teruk dia lah pengacau tu.1st day masuk tahun baru tu dah kena dah. Tarik tudung tepuk dahi sekat kaki n mcm2 lagi. Dah kenapa budak ni cari pasal memanjang. Menyampah gila kot masa tu. Mentang2 tinggi aku yang kemetot ni sedap2 dia buli. Tak kenal dia pun tapi dia ni lain mcm sikit. Kira manusia jenis yg hilangkn mood aku nak g sekolah. HAHA

Masa tu aku orang ejek dgn orang lain, dia dgn orang lain. Aku siap jadi posmen dia lagi. Last2 aku retired tugas tu sbb nampak dia makin lain mcm. Aku malas nk hadap dia dah. Menakutkan ! HAHA. Dia acah2 popular jgkla kt sekolah masa tu sbb player football lah sangat. Masa dia pegi main bola kt jakarta hidup aku tenang setenangnya kt sekolah tu punya dasyat dia punya penangan. Bila dia balik terus datang balik gangguan hidup aku “Assalamualaikum, farhin ada ?”

Tetiba msg kt fon ummi aku org cari aku. Kecohla kejap satu rumah bila tahu ada budak laki cari aku. Ummi pulak marah knapa bagi nom ummi kt orang. Budak laki pulak. Kecik2 jgn nak galok. Kena sebijik ! Tak puashati betul sbb mana dia dapat entoh nom ummi tu.

Ingatkan dia serik

Si pengacau ni tak habis kat situ. Hari2 msg dia masuk ulang ayat sama ” Assalamualaikum, farhin ada ?” Walaupun takde yang jawab dia tak putus asa. Hari2 lah mcm tu. Lama2 ummi try reply. ” waalaikumussalam. Ni sape ?”
“Mawi” “Artis tu ke?” “Hahaha..bukan.. ni kawan farhin kt sk balok. Nie sape mak dia ke ?”
“Oo knapa cari farhin? Ye ummi dia”
“Saje je m.cik..hehe lama tak tengok dia sbb saya baru balik dr jakarta”
“Jauhnya..pegi bercuti ke ?”
“Tak..g main bola”
“Jauhnya main. Tak cukup padang ke kt malaysia?”
“Hahahahaha..m.cik wat lawak”
Ummi melawak n menyakat ingat dia serik. Rupanya makin deka. Tak menjadi plan ni
Dan sejak hari tu ummi dgn bantuan kakyong @ayong_beautywithlovera layankan aje budak ni. Hari2 msg mesti mula ayat sama walaupun bkn aku yang layan. Aku just dengar cite dari ummi n k.yong je. Mcm tu lah hari2. Bila pegi sekolah aku buat tak tahu walaupun tiap kali sampai sekolah ada je muka dia tersengih2 tak kira tempat.

Masa terus berlalu aku layan tak layan jela dia. Tp dia tak de nampak nak give up pun ? Hari2 msg aku kt nom ummi. Sbb aku mana ada fon masa tu. Bila time msg dia kami kongsi cerita 3 branak. Termasuk kakak aku. Sbb ummi jenis tak suka anak dia buat hal blakang2. Semua benda mesti share. Ummi tak nak halang anak2 dia berkawan tapi mesti ummi tapis. Nak2 anak pmpuan!  Sbb tu bila start nampak aku dah terlayan sikit2 si mawi (nama gelaran kt sekolah masa tu. Byk nama panggilan dia. Jef pon ye. Nama kat padang org panggil mawi.)

Ummi call ibu lepas tahu dia guna tefon ibu. Ummi risau apa cakap org anak dara menggedik dgn anak jantan orang. Walhal msg gaduh2 ummi tu punya risau takut aku senyap2 menggedik. Haha. Mmg taklah! Sekali dgn tenang ibu jawab tahu kitorng kawan. Ibu jef cakap tak boleh nak halang anak2 ni. Takut sakit jiwa diorang. Hahahahaha sportingnya ibu! Tapi aku mcmtu lah. Serabut jgk la bila hari2 dia msg hari2 dia kirim salam. Time dia lepak (port dia n geng kat padang blakng umah aku je) padahal dia duk taman jauh sberang jalan. Dlm hati aku ckp mnyebok betullah ! Aku nak main kt padang je dia ada. Nampak hari2 dah pagi kt sekolah. Petang ada lagi. Kat sekolah kirim salam balik umah kirim salam. Korang ghase tak mcmna tahap gangguan yg aku terima? Serabut ya Rabbi ! HAHAHAHA

Bagi peluang

Start masuk sek men aku start layan jgk la dia. Sbb tak boleh tipu hati dah mula merindu sbb bila jauh. Hahaha kan dah terrrrr.. Sbb tu org tua cakap jgn terlampau menyampah kat orang. Nanti terkenang2.   Kami sama2 duk hostel kt temerloh. Tp aku sekolah agama. Dia skolah sukan. Mcm pelikkan ? Haha ustazah vs pemain bola. Lama2 ummi bagi restu jgkla sbb ummi rasa dia ok. Sbb dia ckp dia suka aku n family aku. Dia nak jadi adik k.yong nk jadi anak ummi. Nak ada org tempat rujuk pasal agama. Ok fine.. haha konon bijak ngat lah tu. Nak anak ngorat habis kakak dgn mak ! Tak mampu dah tuk ku menolak.

Tapi kan biasalah byk cabaran bila start berkawan. Cara dia aku tak selesa. Byk bercanggah. Aku jenis terus terang. Benda aku tak suka aku cakap tak suka. Aku suruh dia blah kalau tak mampu nak ikut cara aku. Yelah, aku sekolah agama. Family aku mcmna. Dia pon tahu. Aku taknak kongkong dia. Bukan aku baik sangat tapi itu didikan yg aku dapat dari family aku.
Terutama pergaulan bebas lelaki pmpuan. Dia mcm bebas sikit aku pulak lain. So kami bergaduh jgkla pasal ni. Aku tak suka so mintak dia buat perubahan atau tinggal aku.
Aku rasa dia tak bebas berkawan dgn aku. Takleh mcm kapel2 lain. Takde istilah dating2 bergayut2 apa lagi ke hulu ke hilir berdua. Mmg takla. Kalau jumpa mesti ada family mengekor.
Sbb tu senyap2 dia skandal. Sedih la aku masa tu. Aku punya jaga diri aku hati aku. Tapi dia mcm tu.

Aku siap msg ibu dia aku cakap aku tak nak kawan dah dgn jef sbb dia dah ada yang lain dan dia pon ngaku. Ibu tak jawab tapi aku yakin ibu mesti marah dia. Hahaha padan muka. Masa tu aku rasa mmg dah tak guna aku tunggu mamat ni. 2x kot kantoi dgn org lain2. Menyakitkan hati. Dia tak henti2 mohon maaf merayu2 kt Ummi n k.yong. Diorang jela duk layan n nasihat dia. Sbb aku dah ” terpergi” kt org lain utk lupakan dia. Dia pulak tak serik datang jgk walaupun dah kena halau n janji nak ubah. Dia ckp yg lain tu suka2 je sbb bosan bila aku takde. Mcm2 lah ayat memujuk dia update kt status fb mention nama aku siap. Yg tahu tu tahu lah. sampai aku rasa rimas. Tak malu betul Mamat ni. Sampai aku nak online pon takut! Banyak kali la aku terima n buang dia. Tapi dia stay mcmtu. Buat silap mintak maaf n ulang lagi. Aku rasa letih n nekad tinggal terus dah masa tu sbb aku rasa dia dah ada org lain. Aku pun ramai je masa tu boleh pilih. Ecehhh bajet hot dah pulak.

Family nasihatkan aku suh ambik masa sbb bkn senang nk ubah orang sekaligus. Lagipun bebas dia yg aku nampak tu takla teruk mana tapi benda2 yg aku tak suka sbb aku pun tak buat. Dia percaya aku 200% masa tu. Tp aku hampir langsung tak pcaya dia sbb dah terkena luka tu parah berdarah payah nk ubat dah. Sejak tu aku dah tak peduli dia. Aku makin tak yakin boleh hidup dgn dia. Nak pulak dunia kami berbeza. Andaikata nnti dia main hebat n popular aku lagi lah merana. Rasa tak kot nak jadi wife public figure! HAHAHA . Jauh aku punya kerisauan.
Mmg tak yakin sbb tu aku malas nak letak harapan dah. Tapi dia betul2 lain lepas kes tu. Sbb bkn aku je dah pulau dia. Dgn umi kak yong n family semua dah tak boleh terima. Lama2 tak terdaya jgk dah n lagi sekali ego aku jatuh. Kitorang get back. Kali ni aku ckp last chance dah. Kalau dia buat lagi tu maknanya dia mmg nak aku blah!Alhamdulillah aku nampak, family nampak. Kawan2 dia kawan2 aku nampak dia banyak berubah. Aku harap dia ikhlas bukan sbb aku semata. Tapi lillahi taala

Sumber : Zhafrizaini, Farhin Nadhira

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×