Bekas isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada memaklumkan bahawa pelakon itu sudah meningkatkan jumlah nafkah buat dua orang anak mereka iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3.
Artikel Berkaitan: Shuhada Mohon Tambah Ibunya Dalam Hak Jagaan Anak, Hafidz Roshdi Mahu Teliti Semula
Artikel Berkaitan: Shuhada Dakwa Hafidz Buat Laporan JKM, Tuduh Dera & Abaikan Anak – ‘Sebabkan Kau Marah Aku, Kau Nak Zalimi Anak?’
Dia culas
Bagaimanapun, ketika ditemui OhBulan!, Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri berkata, Hafidz masih culas membayar nafkah buat dua orang anaknya itu.
Nafkah anak itu naik sikitlah nilai dia dari RM100 dia bagi RM200.
Tapi dia tak selalu bagi pun dan dia culas.
Ada waktu dia bagi, ada waktunya tak bagi.
Tambah Shuhada, dia perlu bekerja keras untuk menampung kehidupan anak-anaknya.
Jadi saya kena kerja keras untuk support anak-anak.
Takkanlah saya nak bergantung kepada ibu bapa saya, mereka pun dah pencen.
Mereka tolong jaga dan selalu ada dengan saya pun syukur Alhamdulillah.
Terdahulu, Shuhada mendakwa Hafidz culas membayar nafkah dua cahaya mata mereka.
Menurut dakwaan Shuhada, Hafidz hanya memberikan wang nafkah sebanyak RM100 untuk setiap seorang anak mereka.
Bukan itu sahaja, Shuhada mendedahkan bahawa ibu bapanya juga terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi membantunya menguruskan keperluan anak-anak.
Walau bagaimanapun, Hafidz tampil menafikan dakwaan tersebut dan mengambil pendekatan untuk tidak menyatakan jumlah nafkah yang diberikan buat kedua anaknya pada setiap bulan.
Untuk rekod, perkahwinan mereka mula dilanda badai selepas timbulnya dakwaan adanya orang ketiga yang mengganggu rumah tangga mereka.
Nurul Shuhada kemudiannya dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari 2023.
Hafidz dan Shuhada kemudiannya disahkan bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 27 Julai 2023.
Imbas kembali, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3.
Hafidz kemudiannya mendirikan rumah tangga kali kedua dengan wanita bernama Athirah Yuhada, pada 15 Disember lalu.