Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar berkongsi amalan-amalan yang boleh dilakukan buat para wanita yang datang haid ketika 10 malam terakhir Ramadan.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Kamu Tayang Aurat Isteri, Bangga Puluhan Ribu Orang Tengok’ – Ustaz Wadi
Artikel berkaitan: [VIDEO] Ustaz Don Kongsi Petua Ulama 10 Malam Terakhir Ramadan, Baca 4 Surah Lazim & Yassin Peroleh Pahala Bersamaan 5 Kali Khatam Quran
Kongsi empat amalan
Menerusi perkongsian di TikTok, Ustaz Wadi menyenaraikan empat amalan yang boleh dilakukan untuk turut sama menghidupkan malam Lailatul Qadar.
Bagi wanita-wanita yang tidak boleh solat pada malam-malam 10 terakhir Ramadan jangan risau, Islam hanya tidak membenarkan solat, berpuasa, baca dan sentuh Al-Quran.
Ada berpuluh-puluh kebaikan lain semua boleh buat. Contoh pertama, berdoa. Doa untuk orang Islam ‘Ya Allah, bagilah hidayah untuk semua umat Nabi Muhammad’, ‘Ya Allah ramai yang sakit, sembuhkanlah orang umat Islam’. Banyakkan berdoa.
Kedua, bersedekah. Tiap malam tu transfer duit RM10 ke sana sini.
Selain itu, mereka yang sedang uzur juga boleh mengamalkan beberapa zikir dan berkhidmat kepada keluarga yang bangun untuk beribadat pada malam Lailatul Qadar.
Ketiga boleh berzikir. Zikir lailahaillallah, seratus kali. Subhanallah wabihamdih, seratus kali. Hasbunallah wan’mal wakil, seratus kali. Subhanallah alhamdulillah lailahaillallah Allahuakbar, seratus kali.
Keempat, sediakan makan sahur ataupun sediakan makanan untuk orang yang menghidupkan malam Lailatul Qadar.
Contohnya, anak-anak kita, suami kita bangun malam tu hidupkan Lailatul Qadar. Kita buat air panas atau air minuman letak di tepi dia. Berkhidmat untuk suami dan anak-anak yang bangun pada malam tersebut.
Jadi banyak ibadat-ibadat yang boleh dibuat, jangan tinggal malam-malam 10 terakhir. Semoga Allah bagi kita rajin dan hidayah.
Sumber: TikTok