Sekadar gambar hiasan (Foto: TripAdvisor)
Gara-gara ‘dating’ di pinggir sungai, sepasang kekasih telah dikenakan kompaun RM1,000 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Artikel Berkaitan: Sewa Vila Sambut Hari Lahir Rakan, 17 Individu Dikompaun Ingkar PKP
Artikel Berkaitan: Gagal Patuh SOP, Pengantin Bersama 17 ‘Bridesmaid’ Kena Kompaun Seronok Buat Outdoor Photoshoot
Kompaun tersebut dikeluarkan oleh anggota polis semasa membuat rondaan di kawasan terbabit.
‘Dating’ tepi sungai
Sekadar gambar hiasan (Foto: Sinar Harian)
Memetik laporan Sinar Harian, pasangan ini yang berusia 21 dan 24 tahun itu dikatakan duduk berdua-duaan di pinggir Sungai Kerian. Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mazuki Mat, kegiatan pasangan yang tidak mematuhi SOP ini disedari oleh anggota polis yang membuat rondaan di kawasan tersebut sebelum mereka bertindak mengeluarkan kompaun.
Rutin rondaan dilakukan anggota balai Polis Parit Buntar telah menemui wanita itu duduk berdua-duaan dengan seorang lelaki di pinggir sungai berkenaan yang mana ia tidak dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam tempoh PKP ini.
Malah, wanita berkenaan juga didapati telah melepasi sekatan jalan raya (SRJ) di sempadan Perak-Kedah.
Bagi alasan pergi bank
Sekadar gambar hiasan (Foto: Expatica)
Difahamkan, wanita yang menetap di Bandar Bahru ini telah memberi alasan kepada anggota polis di SRJ bahawa dia ingin pergi ke bank dan atas budi bicara, wanita diberi ‘pelepasan’. Tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila dia mengambil kesempatan tersebut untuk keluar ‘dating’ dengan teman lelakinya di pinggir sungai.
Atas budi bicara pihak polis, wanita itu dibenarkan melepasi sekatan berkenaan. Namun, setelah urusannya selesai, dia telah mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan teman lelakinya yang tinggal di Taman Seri Semarak.
Jelasnya lagi, kompaun yang dikenakan terhadap pasangan kekasih ini dikeluarkan mengikut Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Pesakit Berjangkit 2020.
Sumber: Sinar Harian