Gambar sekadar hiasan
Polis berjaya menahan seorang datuk yang didakwa mendera secara seksual seorang kanak-kanak lelaki berkeperluan khas.
Artikel Berkaitan: Rogol, Liwat & Amang Seksual Remaja OKU, Pekerja Kedai Langsir Dipenjara 19 Tahun – ‘Mangsa Minta Tolong Tapi Tidak Layan?’
Artikel Berkaitan: Tiga Banduan Liwat Rakan Sel Dihukum Penjara & Sebatan
Empat kali liwat mangsa
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Suara.com, kejadian yang berlaku di Kota Tangerang, Indonesia itu menyaksikan seorang lelaki melakukan perkara terkutuk tersebut di dalam semak pada petang 26 Julai lalu.
Difahamkan ketika itu kanak-kanak berkenaan sedang bermain layang-layang.
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Tangerang, Kompol Rio Mikael Tobing berkata, suspek menyentuh kemaluan mangsa sebelum bertindak memaksa mangsa meliwatnya.
Suspek membawa mangsa ke dalam semak dan kemudian menyentuh kemaluan mangsa, kemudian menghisap.
Kemudian suspek meminta mangsa memasukkan kemaluannya ke dalam dubur suspek.
Mangsa merupakan kanak-kanak berkeperluan khas.
Dalam pada itu, suspek berusia 55 tahun tersebut juga sempat mengelak ketika ditangkap oleh salah seorang saksi, namun dia akhirnya mengaku kesalahannya.
Suspek mengaku mengarahkan mangsa memasukkan kemaluannya ke dalam dubur empat kali pada masa berbeza.
Susulan itu, suspek kini ditahan di Balai Polis Metro Kota Tangerang.
Sumber: Suara.com