berita

Dedah Isteri Tak Pantang Selepas Bersalin, Dr Say Tekankan Makan Makanan Sihat & Seimbang – ‘Saya Tak Menentang Sesiapa Yang Ingin Berpantang’

September 21st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sejak turun-temurun lagi, masyarakat Melayu memang terkenal dengan amalan berpantang selepas bersalin. Sebut sahaja mengenai berpantang, pasti ramai terbayang mengenai rutin dan amalan tertentu yang perlu diamalkan.

Namun, berbeza pula pandangan doktor selebriti Dr Say bersama isteri, Dr Azura yang memilih untuk tidak berpantang selepas melahirkan anak secara Czer atau pembedahan.

Artikel Berkaitan: Kes Kematian Ibu Hamil Meningkat Masa COVID-19, Dr Say Tekankan Ambil Vaksin – ‘Saya Baca Pelbagai Alasan Antaranya Suami Tak Bagi …’

Artikel Berkaitan: Bersalin Secara Caesar Dipandang Jelek, Dr Say Minta Ubah Pemikiran – ‘Ada Yang Sebulan Terlantar Akibat Kesakitan’

Isteri doktor pantang tak?

Menurut Dr Say, dia dihujani dengan pertanyaan daripada segelintir pengikut di laman media sosialnya yang berteka teki sama ada isterinya berpantang selepas bersalin pada Ogos lalu.

Menurutnya, sejak kelahiran anak pertama lagi isterinya tidak berpantang namun itu bukan bermaksud dia menentang golongan ibu yang mengamalkan tradisi tersebut.

Jawapannya, sejak anak pertama dan termasuk anak kedua ini bini sy tidak berpantang. Apa? Tak pantang? Badan nak guna lama kot, jerit makcik bawangs di Facebook.

Sekali lagi saya ingin tekankan yang kami tidak menentang sesiapa yang ingin berpantang. Nak pantang silakan, tak nak pantang pun silakan.

Lepas pantang tibai ‘fast food’

Tambah Dr Say, sering kali berlaku golongan ibu hanya menjaga pemakanan dalam tempoh 44 hari namun mengabaikan selepas itu.

Tegasnya, ketika berpantang apa yang paling penting adalah mengambil makanan yang sihat dan seimbang.

Kalau cakap pasal badan nak guna lama meh saya bagi kisah yang paling senang nak diterima akal. Kalau masa berpantang ini ibu-ibu jaga makan dengan makan ikan haruan, ikan kering dan seangkatan dengannya.

Kemudian habis pantang hari ke-45 ibu-ibu makan ayam goreng Mekdi, Kepchi, Mary Perang with honey butter biscuits Texus Chicken on the side. Logik akalnya tidakkah makanan-makanan sebegini akan merosakkan badan ibu yang selama ini berpantang?

Kunci utamanya adalah pengambilan makanan yang sihat dan seimbang, itu saja. Ayam, telur, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan macam kangkung, timun, tembikai, pisang boleh ja nak makan sebab ini semua tergolong dalam makanan yang sihat dan seimbang.

Kalau nak cakap ‘gatal’ atau ‘bisa’, dari segi perubatan there is no such thing cuma kalau memang alergik, elakkanlah.

Bagaimanapun, di akhir hantaran tersebut Dr Say menyatakan berpantang atau tidak itu terpulang kepada hak dan kepercayaan masing-masing.

 

Sumber: Instagram @say_shazril

SKIP THIS AD ×