Sekadar gambar hiasan
Mengahwini lelaki yang tepat adalah impian setiap wanita. Namun, untuk mendirikan rumah tangga tidaklah semudah yang disangka kerana perlu memilih pasangan yang terbaik.
Begitulah kisah wanita ini yang mengakui mengenali 100 orang lelaki dalam setahun demi mencari pasangan yang terbaik buat dirinya.
Artikel Berkaitan: Pemuda Buat Iklan Cari Jodoh Tapi Tak Mahu Janda
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Penat Kena Friendzone, Lelaki Pasang Banner Dekat Pekan, Sebar Flyers Cari Jodoh, Siap Tawar RM10K!
Demi zuriat
Wanita yang dikenali sebagai Baozhuzi itu berasal daripada Beijing, China.
Menurut Baozhuzi, dia mula aktif dengan kehidupan seperti itu selepas hubungan cinta dengan kekasih selama lapan tahun putus di tengah jalan selain gagal dalam kerjaya.
Susulan kejadian pahit yang menimpa kehidupannya, Baozhuzi membuat keputusan untuk mengenali ramai lelaki pada tahun 2021.
Saya tidak mempunyai tekanan untuk berkahwin sebelum usia tertentu tetapi ingin memiliki anak sebelum usia 35 tahun.
Katanya, dia mengenali pelbagai jenis lelaki yang mempunyai latar belakang yang berbeza seperti pakar kewangan, ahli muzik dan ada juga yang berlainan dari segi budaya.
Selain itu, Baozhuzi mendedahkan pernah keluar temu janji dengan tiga orang lelaki dalam satu hari. Namun, niatnya hanyalah untuk mencari pasangan yang terbaik dan memiliki zuriat bersama.
Usaha Baozhuzi dalam mencari cinta sejati akhirnya membuahkan hasil setelah bertemu dengan kekasih yang sepadan pada November tahun lalu.
Sumber: Wolipop