Segelintir netizen meluahkan rasa kurang senang, susulan pengakuan pelawak, Shuib tentang dirinya yang gemar bermain permainan judi suatu ketika dahulu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib Dah Insaf Jadi ‘Kaki Mesin’, Tak Terkira Berapa Jumlah Duit Berhabis – ‘Aku Pernah Kena Kepung Dengan Gangster’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib Bagi ‘Hint’ Akan Kembali Dalam Sepahtu Reunion? – ‘Itu Adalah Karya Terbaik Yang Pernah Saya Ada’
Tak perlu buka aib
Pendedahan tersebut telah menimbulkan pelbagai respon daripada warganet di platform X yang rata-rata berpendapat Shuib tidak sepatutnya mendedahkannya.
Elok-elok orang ramai tak tahu, sekarang dah tahu dia pernah main mesin. Ingatkan benda tu dia saja je buat lawak dulu, rupanya betul. Sepatutnya benda-benda aib macam ini tak perlu diceritakan atau dikongsikan, lagi-lagi secara terbuka macam ini.
Menerusi ruangan komen pada ciapan berkenaan, warganet berkata tindakan pelawak berusia 39 tahun itu adalah tidak wajar apatah lagi dijadikan konten untuk meraih perhatian ramai.
Demi konten sanggup canang aib, Allah dah tolong tutup tapi dengan bangga dedah aib. Podcast bukan untuk semua.
Orang nak buat podcast, dia nak buat podcast lepas tu jaja dosa sendiri.
Berlumba nak kejar views sampai sanggup tunggang aib masing-masing.
Podcast memang kena cerita pasal aib ke? Sebab banyak kali dah tengok, sembang buka pekung sendiri. Pelik-pelik la sekarang ni.
Bagaimanapun, ada juga warganet berpendapat bahawa pengakuan tersebut mungkin hanyalah sekadar perkongsian dan Shuib mahu menjadikan kisah lalunya itu sebagai pengajaran buat penonton.
Terdahulu, menerusi Dol’s Podcast yang dikendalikannya bersama Shuk Sahar dan Fizie, Shuib memaklumkan dia begitu ketagih untuk bermain permainan tersebut sehingga sanggup membayar wang sebanyak RM150 untuk satu pusingan malah pernah kerugian puluhan ribu ringgit.
Sumber: Platform X