Setiap ibu pasti menjadi tulang belakang buat anak-anak untuk perkara yang diminati mereka.
Begitulah pelakon Puteri Sarah yang meluahkan keterujaannya terhadap hobi baharu putera sulungnya, Syaikhul Islam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Tak Pandang Gelaran Datin – ‘Yang Penting Dalam Bank Banyak Duit’
Artikel Berkaitan: ‘Keluarga Tak Boleh Lantang Macam Pihak Sana Sebab Faktor Kerjaya’ – Puteri Sarah Liyana
Artikel Berkaitan: ‘Anak-Anak Gembira Seperti Biasa, Tidak Tahu Mengenai Permohonan Cerai’ – Puteri Sarah Liyana
Hobi baru
Menerusi hantaran di Instagram (IG) Stories, Puteri Sarah dilihat membawa anak lelakinya, Syaikhul ke sebuah kedai barangan sukan.
Kata Puteri Sarah, 37, anak sulungnya itu sudah menunjukkan minat dalam sukan bola sepak.
Dah pandai ni. Ronaldo lah, Messi lah.
Mama kena belajar. Sabtu ni nak join football class. Nak cari jersey abang kata.
Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut berkongsi keterujaan Syaikhul memilih barang keperluan kelasnya pada hari Sabtu nanti.
Sumber: Instagram @puterisarahliyana