berita

Demi Nak Sambut ‘Anniversary’ Dengan Kekasih Di Bali, Suami Tipu Isteri Naik Sriwijaya Air

January 14th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Sabtu yang lepas, negara Indonesia digemparkan dengan berita mengenai sebuah pesawat komersial Sriwijaya Air yang dilaporkan terhempas selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak. Malahan, dia media sosial tular beberapa kisah yang sempat dikongsi oleh penumpang pesawat tersebut.

Artikel Berkaitan: [FOTO] Cebisan Bangkai, Mayat Penumpang Sriwijaya Air Akhirnya Ditemui

Artikel Berkaitan: Pesawat Sriwijaya Hilang Dari Radar, Penduduk Dakwa Nampak ‘Objek’ Jatuh

Artikel Berkaitan: ‘Kita Pulang Dulu Ya’ – Lambaian Terakhir Penumpang Pesawat Sriwijaya Air Sebelum Terhempas

Namun, apa yang lebih melucukan apabila seorang lelaki dikenali sebagai Bos Besar sempat ‘berbohong’ kepada isterinya bahawa dia akan ke Pontianak dari Jakarta atas urusan perniagaan. Difahamkan Boss Besar itu ‘sepatutnya’ menaiki pesawat Sriwijaya Air yang telah terhempas.

Kantoi ke Bali

 

Kisahnya bermula apabila dia ‘memberitahu’ isterinya dia akan berlepas ke Pontianak menaiki pesawat tersebut yang akan berlepas pada pukul 2 petang. Namun, segala muslihat  ‘nakal’ yang digunakan terbongkar apabila berita mengenai sebuah pesawat Sriwijaya Air yang terhempas mula tersebar. Hal ini secara tidak langsung merisaukan isterinya yang berada di rumah susulan menyangka suaminya telah menaiki pesawat tersebut.

Akhirnya, lelaki ini tampil membuat pengakuan dia sebenarnya ke Bali bagi berjumpa dengan teman wanita simpanannya. Tidak berakhir di situ, perjumpaan tersebut bagi meraikan ulang tahun mereka berdua.

Sekarang dia bingung mahu kembali ke rumah atau tidak, kerana di rumah (isterinya) sudah menyediakan kerusi dan khemah untuk para tamu yang datang untuk berkabung.

Insiden seumpama ini telah menyebabkan isterinya tahu kegiatan yang dilakukan oleh suaminya sebelum ini.

Jangan berbohong lagi

 

Menerusi video yang kedua, lelaki ini memberikan nasihat kepada suami-suami di luar sana supaya jujur dan tidak berbohong kepada isteri sendiri. Jelasnya lagi, perkara tersebut dijadikan pengajaran buatnya untuk tidak lagi curang pada masa akan datang.

Terdahulu, pesawat tersebut dilaporkan hilang dari radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta. Pesawat tersebut berlepas pada jam  2.36 petang waktu Indonesia Barat, dan dijadualkan tiba di Pontianak, jam 3.15 jam waktu Indonesia Timur (4.15 waktu Indonesia Barat).

Sehingga kini, proses pencarian masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa.

Sumber: Padang Kita

SKIP THIS AD ×