berita

‘Demi Ummah, Rakyat & Negara’ – Caprice Dapat Kebenaran Saat Akhir Jalani Misi Kemanusiaan Di Gaza

June 24th, 2021 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Di Instagram, penyanyi rap dan usahawan, Caprice berjaya menunaikan impiannya untuk menjalankan misi kemanusian di Gaza, Palestin. Khabar gembira tersebut dikongsi oleh Caprice malam tadi.

Artikel berkaitan: Ramai Bimbang Ebit Lew ‘Hilang’, Caprice Whatsapp Sendiri Tanya Khabar & Ini Respon Ustaz

Doa untuk saya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Menurut Caprice, dia telah mendapat kebenaran pada saat akhir namun terpaksa berangkat seorang diri ke sana. Caprice turut meluahkan rasa syukur dan memohon doa daripada seluruh rakyat Malaysia agar urusannya itu dipermudahkan.

Please doa for me Malaysia. Last minute Caprice dapat kebenaran untuk masuk ke Cairo-Gaza. Cuma kita kena fly sorang-sorang malam ni.

Menerusi posting tersebut juga, Caprice meminta maaf kepada semua pihak sekiranya ada salah dan silap sebelum ini. Jelasnya lagi, dia melakukan misi tersebut demi ummah, rakyat dan negara.

Saya akan banggakan kamu semua

Perkongsian pelantun suara ‘Kau Hade’ itu dibanjiri komen netizen dan rakan selebriti yang mana rata-rata daripada mereka mendoakan keselamatannya di sana.

Sumber: Caprice

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×