berita

Wisma Putra Sedang Dapatkan Perkembangan Ebit Lew Di Gaza

June 12th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Umum sedia maklum, pada 25 Mei lalu pendakwah bebas iaitu Ebit Lew bersama pasukannya telah berangkat ke Gaza bagi menjalankan misi kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan.

Artikel berkaitan: Ramai Bimbang Ebit Lew ‘Hilang’, Caprice Whatsapp Sendiri Tanya Khabar & Ini Respon Ustaz

Artikel berkaitan: [VIDEO] Post FB Terakhir 27 Mei Lepas Itu ‘Senyap’ Terus, Ramai Risau Keselamatan Ebit Lew

Sejak itu, difahamkan Ebit Lew kurang memuat naik foto atau posting mengenai perkembangannya sepanjang di sana, jadi, perkara tersebut mengundang kebimbangan ramai.

Posting terkini Ebit Lew

Terbaharu, Ebit Lew memuat naik sebuah foto di laman Facebook dan memaklumkan dirinya dalam keadaan baik-baik sahaja. Dia juga memohon agar orang ramai khususnya rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan terhadap dirinya di bumi Gaza. Posting berkenaan bagaimanapun telah mendapat lebih 6 ribu perkongsian daripada pengguna media sosial di mana rata-rata mendoakan kebaikan buat Ebit Lew.

Sedang dapatkan perkembangan

Sementara itu, menurut Timbalan Menteri Luar Negeri iaitu Datuk Kamarudin Jaafar menerusi laporan Sinar Harian berkata pihaknya akan memeriksa lanjut mengenai tarikh penerbangan pulang Ebit Lew ke Malaysia. Malah, Kementerian Luar Negeri kini sedang mendapatkan perkembangan terkini pendakwah bebas itu yang difahamkan berada di bumi Gaza.

Kami sedang periksa perkembangan Ebit.

Untuk makluman, segala persiapan misi kemanusiaan telah dilakukan oleh pasukan Ebit Lew dan dan mendapat kerjasama daripada pasukan NGO di Mesir.

Namun bagaimanapun, pada hari Khamis lalu, penyanyi rap iaitu Caprice ada memaklumkan kepada orang ramai mengenai perkembangan Ebit Lew di sana adalah dalam keadaan baik setelah berjaya menghubungi pendakwah tersebut melalui aplikasi Whatsapp.

Sumber: Ebit Lew, Sinar Harian

SKIP THIS AD ×