Pendakwah bebas iaitu Ebit Lew sebelum ini terpaksa menamatkan misi bantuan kepada penduduk di Semporna, Sabah selepas dia berkemungkinan berdepan hukuman denda RM100,000 atau tiga penjara. Berita tersebut dikongsikan oleh Ebit Lew sendiri menerusi laman sosial akaunnya.
Artikel berkaitan: ‘Boleh Didenda RM100k & Penjara’ – Diminta Henti Salur Bantuan, Ebit Lew Mohon Maaf
Artikel berkaitan: ‘Tidak Halang Program Bantuan Ebit Lew Tapi..’ – Pesuruhjaya Polis Sabah
Terbaru, selebriti media sosial iaitu Caprice meluahkan rasa tidak senang dan mempersoalkan tindakan sesetengah pihak. Dia turut memberikan pandangan peribadinya terhadap situasi yang dihadapi pendakwah bebas itu.
Dunia makin pelik
View this post on Instagram
Caprice menerusi laman Instagramnya memuat naik video meluahkan pandangan mengenai berita berhubung Ebit Lew yang boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 dan penjara selama tiga tahun sekiranya meneruskan misi bantuan di sana. Selain itu, dia turut membandingkan perbezaan pendakwah bebas ini dan segelintir pemimpin negara yang turun padang ketika pilihan raya bagi membantu rakyat.
Dunia ni makin pelik. Kalau tak tolong, salah. Kalau tolong pun boleh jadi salah. Kita nampak Ebit Lew mengislamkan ramai penduduk di kampung itu. Bukan dia paksa pun, kalau orang tengok ustaz Ebit Lew dan dia nak peluk Islam, terpulanglah. Alhamdulillah…
Tapi bagi Caprice, tak ada beza pun antara ustaz Ebit Lew dengan kita punya pemimpin. Banyak pemimpin kita akan turun padang terutamanya waktu pilihan raya untuk bagi ‘sumbangan’. Cuma beza sikitlah, ustaz Ebit Lew turun padang bantu rakyat demi ummah.
Kenapa tak beritahu awal?
View this post on Instagram
Sementara itu, Caprice juga berpendapat mengenai larangan untuk ke lokasi berkenaan dan mempersoalkan mengapa tidak dimaklumkan terlebih dahulu jika benar tempat itu adalah kawasan larangan?
Kalau betul tempat tu tak boleh masuk dan boleh kena denda RM100k, kenapa tak bagi tahu awal-awal? Ini tidak kelakar.
Dari awal, ustaz Ebit Lew diiringi oleh askar. Contohlah, korang nak masuk tempat yang dilarang, korang sampai je sudah tentu polis tak bagi korang masuk. Tapi ustaz Ebit Lew dapat masuk dari awal. Siap escort!
Sumber: Caprice