berita

Dendam Komen Facebook, Remaja Lunyai Dibelasah, Kemaluan Ditusuk Cubaan Ragut Dara

April 9th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Netizen negara jiran Indonesia heboh memperkatakan laporan satu kes buli yang berlaku di sebuah sekolah menengah (SMP) di Pontianak, Kalimantan Barat, seperti dilaporkan media tempatan.

Mangsa, yang dikenali sebagai Audrey cedera teruk setelah dibelasah sekumpulan 12 remaja, pada 29 Mac lalu, menurut laporan.

Dipercayai berpunca masalah cinta

Media negara itu melaporkan kumpulan 12 remaja itu bersekongkol membelasah mangsa hanya kerana komen-komen di Facebook. Semuanya bermula dengan isu cinta.

Menurut Timbalan Ketua Perkhidmatan Perlindungan Kanak-kanak Kalimantan Barat, Tumbur Manalu, Audrey menjadi mangsa keadaan kerana sepupunya adalah bekas teman lelaki salah seorang suspek.

Semuanya bermula dengan masalah cinta. Menurut info yang kami terima, sepupu mangsa adalah bekas teman lelaki salah seorang penyerang. Mereka telah berbalas komen di laman sosiak sehingga salah seorang daripada mereka menjemput mangsa ke satu tempat kerana tidak berpuas hati.

Suspek bersama sebelas rakannya pergi ke rumah mangsa dan menjemputnya untuk berbincang, namun mereka membawanya ke satu taman yang sunyi di mana mangsa diserang bertubi-tubi.

Mangsa hanya memaklumkan ibu bapanya pada Jumaat lalu dan dimasukkan ke hospital untuk merawat luka di kepala dan dada pada Isnin.

Kemaluan ditusuk

Pengguna Twitter turut berkongsi kisah sebenar di sebalik kejadian tersebut antaranya kepala mangsa dihentak pada laluan pejalan kaki, perut disepak serta disimbah air. Apa yang lebih ngeri, salah seorang suspek turut menusuk kemaluan mangsa dalam cubaan meragut daranya.
Hashtag #JusticeForAudrey turut trending seluruh dunia di Twitter di mana netizen menyeru supaya pelaku kejadian terbabit dihadapkan ke muka pengadilan secepatnya.

Sempat selfie di balai polis

Suspek yang dipercayai sudah diberkas itu sempat memuatnaik foto selfienya di balai polis dengan mimik muka ceria, bagaikan tiada apa. Foto berkenaan kemudiannya dimuatnaik netizen lain dan membangkitkan kemarahan terhadap 12 remaja terbabit.

Netizen lancar petisyen

Pengguna laman sosial turut bersolidariti untuk memastikan keadilan ditegakkan ke atas mangsa dengan melancarkan pengumpulan tanda tangan di laman web petisyen change.org. Setakat ini, sejumlah lebih 800 ribu tanda tangan dikumpul dari sejuta tanda tangan sasarannya.

Menurut portal coconuts.co, polis negara itu sudah menerima laporan kes berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.

Sumber: Twitter, coconuts.co, detik, Kompas

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×