berita

Dera Bekas Teman Wanita & Jual Rakaman Video Lucah, Lelaki Kena Tahan Polis

November 10th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang wanita Thailand telah membuat laporan polis selepas bekas teman lelakinya menderanya secara fizikal dan menjual rakaman eksplisitnya secara dalam talian.

Artikel Berkaitan: Bapa Rogol Tiga Anak Kandung Bawah Umur, Dera & Jadikan Hamba Seks

Artikel Berkaitan: Mayat Pelajar Dengan Mata Dicungkil Keluar & Kesan Lebam Pada Alat Sulit Ditemui, Didakwa Didera Secara Seksual

Seorang ibu tunggal

cabul

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Thaiger News, mangsa yang berusia 29 tahun itu memfailkan aduan terhadap bekas teman lelakinya yang menderanya secara fizikal sepanjang tiga bulan bersama dan menjual video mereka melakukan hubungan seks dalam talian.

Difahamkan mangsa merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak lelaki dan dia bekerja sebagai pemandu penghantaran makanan lalu bertemu bekas teman lelakinya di tempat kerja.

Menurut mangsa, suspek memukulnya dengan topi keledar sehingga berdarah kerana dia enggan mengikut suspek berpindah disebabkan terpaksa bekerja dan menjaga anak lelakinya. Selepas melihatnya cedera, suspek segera meminta maaf.

Malangnya, suspek menyerangnya sekali lagi di dalam kedai serbaneka pada 12 Ogos dan dia membuat keputusan untuk memutuskan hubungan pada hari itu.

Serangan ganas

Gambar sekadar hiasan

Pada 18 Ogos, suspek mengajak mangsa untuk berjumpa di rumahnya dan cuba merogolnya. Walaupun mangsa menjerit meminta tolong, suspek tidak menghiraukannya malah menumbuk mukanya berulang kali.

Disebabkan itu, mangsa terpaksa memukul kepala suspek dengan botol kaca untuk membuatnya berhenti dan melarikan diri dari rumahnya.

Menurut mangsa, suspek akan merakam video setiap kali mereka melakukan seks dan tidak bermaksud untuk berkongsi dengan orang lain.

Namun, selepas berpisah, suspek mula menggunakan video tersebut untuk mengugutnya dan memberitahunya bahawa dia akan mengeluarkan video itu di media sosial jika tidak mengikut kemahuannya.

Oleh kerana mangsa tidak melakukan apa yang suspek mahu,dia mula menyiarkan rakaman tersebut di Facebook sehingga mangsa dipecat oleh syarikatnya. Bukan itu sahaja, suspek menjual video tersebut dengan harga 12,000 baht (RM1,582.89).

Suspek telah ditahan dan akan menghadapi tuduhan menyerang dan mengugut mangsa. Selain itu,  suspek juga menghadapi tuduhan pemerdagangan manusia kerana menjual video eksplisit mangsa.

Sumber: Thaiger News

SKIP THIS AD ×