berita

‘Dia Hantar Saya Ke Airport Pagi Tadi’ – Luahan Sayu Nora Kehilangan Alif Johan

December 14th, 2019 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Anak kedua kepada penyanyi terkenal Nora Ariffin iaitu Alif Johan telah menghembuskan nafas terakhir di rumahnya. Nora menerusi laporan Metro meluahkan rasa sedih sukar untuk menerima ketentuan ini. Seakan tidak percaya, pemergian Alif Johan seawal usia 20 tahun ini seperti Allahyarham suaminya iaitu Johan Nawawi.

Tidak bergerak selepas rebah

Nora Ariffin menyifatkan kematian anak lelakinya itu sama seperti Allahyarham suaminya dan tidak pernah terfikir Alif Johan mengalami masalah jantung.

Dia tidak ada sebarang penyakit dan tidak pernah menunjukkan sebarang tanda-tanda ada penyakit. Ketika menghantar saya ke lapangan terbang awal pagi tadi untuk ke Singapura, dia baik-baik saja.

Saya memang terkejut apabila pembantu rumah menghubungi dan beritahu badannya sudah tidak bergerak selepas rebah.

Bedah siasat akan dilakukan

Bagaimanapun, punca kematian Allahyarham Alif Johan masih belum diketahui. Bedah siasat akan dijalankan untuk memperolehi kepastian punca tersebut.

Saya masih menunggu keputusan daripada doktor mengenai punca sebenar dan bedah siasat akan dilakukan untuk mendapatkan jawapan. Disebabkan doktor terbabit tidak ada hari ini, bedah siasat akan dilakukan esok pagi.

Selepas itu jenazah akan dibawa ke Masjid Ar-Rahman, Kampung Tunku, Petaling Jaya dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, tempat yang sama dengan kubur arwah bapanya.

Ingin teruskan minat dalam muzik

Menurut penyanyi ini lagi, anaknya itu tidak pernah menunjukkan sebarang perangai pelik atau petanda sebelum ini. Semalam dia sempat menyanyi bersama adik-adiknya di dalam bilik.

Dia masih belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam kampus Puncak Perdana dan tinggal di asrama tetapi sering pulang ke rumah membantu saya. Kadang-kadang dia masak untuk kami semua. Apabila dia tidak dapat pulang saya akan hubunginya bertanya khabar dan tidak sangka kali ini dia tidak pulang selamanya.

Dia sering beritahu habis belajar ingin cari kerja untuk bantu saya serta mahu menyambung pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda dan meneruskan minat arwah bapanya dalam bidang muzik.

Akan dikebumikan bersama ayahnya

Sumber: Metro, ClashofTalents2