Diam tak diam, drama kegemaran ramai iaitu Dia Isteri Luar Biasa bakal melabuhkan tirai pada minggu ini. Di awal tayangan, drama lakonan Syukri Yahaya dan Fathia ini menerima pelbagai cemuhan daripada netizen malah dianggap tidak bermoral.
Artikel Berkaitan : Syukri Yahaya Dedah Individu Busuk Hati Cuba Burukkan ‘Dia Isteri Luar Biasa’
Terbaru drama tersebut dituduh sebagai drama maksiat berdasarkan satu surat terbuka yang sedang berlegar-legar di laman Facebook. Sampai macam tu sekali ye?
Perkongsian lelaki ini telah mendapat lebih seribu ‘shares’ di Facebook. Lain orang lain pandangan kan, masing-masing ada sebab tersendiri untuk menonton drama ini.