berita

‘Dia Istimewa’ – Anggap Gayatri Macam Keluarga Sendiri, Zul Ariffin Hadiahkan Kereta Range Rover Sebagai Tanda Sayang

April 23rd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

“Dia (Gayatri) istimewa.”

Demikian kata pelakon popular Zul Ariffin ketika diminta mengulas mengenai hadiah kereta mewah yang diberikan kepada penerbit filem Gayatri Su-Lin pada Selasa lalu.

Artikel Berkaitan: Nombor Plat Kereta Range Rover ‘Cantik’? Gayatri Suruh Tanya Dekat Zul Ariffin

Tak salah bagi hadiah

Ketika ditemui OhBulan!, Zul menyatakan pemberian kereta Range Rover itu sebagai tanda penghargaan dan sayang kepada Gayatri.

Kata pemilik nama Zulkifli Ariffin, dia tidak merasakan tindakan itu salah kerana sudah mengenali Gayatri lebih daripada 10 tahun malah sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

Tak ada sempena apa pun. Memang saya nak bagi hadiah. Saya rasa sesuai kereta itu dengan dia dan dia pun suka kereta itu.

Tidak salah berbuat begitu untuk seseorang yang kita hargai dan sayang. Dia seperti keluarga buat saya. Dia istimewa. Hubungan kami sangat rapat dan telah kenal lebih dari 10 tahun. Once a while, buat surprise, tak ada la selalu.

Ditanya makna di sebalik nombor plat SYG diikuti dengan empat nombor sangat istimewa, aktor berumur 35 tahun itu menjawab; “Number plate? It’s cute number plate. I think it’s cute.”

Biar la apa netizen nak kata

Dalam pada itu, pelakon filem Sangkar ini enggan melayan mulut-mulut netizen yang menganggap hubungan cinta mereka sudah kembali terjalin.

Katanya lagi, apa yang penting Gayatri suka dengan kejutan yang diterima.

Biarlah apa orang nak kata sekalipun. Apa yang penting dia gembira terima hadiah tersebut.

Sebelum ini, Zul Ariffin dan Gayatri dilaporkan pernah bercinta sejak 2012, namun hubungan mereka berakhir selepas tiga tahun.

SKIP THIS AD ×