Ustazah Asma’ Harun menerusi siaran langsung Facebook yang dilakukannya pagi tadi berkongsi ilmu dan bercakap mengenai topik ‘Kematian yang menghidupkan’ susulan pemergian penyanyi Siti Sarah yang mengejutkan ramai pihak.
Artikel berkaitan: ‘You Datang Dengan Pakaian Serba Putih & Senyum…’ – Rebecca Nur Islam
Artikel berkaitan: Siti Sarah Meninggal Dunia
Kehidupannya mula berubah…
Menerusi siaran langsung tersebut, kelihatan Ustazah Asma’ Harun mengalirkan air mata ketika bercakap mengenai kematian Siti Sarah sebagai seorang ibu dan wanita yang berkorban ketika melahirkan anak dalam situasi pandemik sebegini. Ujarnya lagi, Siti Sarah disifatkan seorang wanita dan isteri yang mula dilihat mengalami perubahan setelah berkahwin dengan suaminya, Shuib.
Dia mula meninggalkan dunia nyanyiannya sedikit demi sedikit, meskipun itu adalah kerjaya yang dicintainya.
Bukan kerana Siti Sarah seorang artis atau seorang yang dikenali, lalu, saya beriya nak post, beriya nak bercakap soal beliau di pagi ini. Sudah pasti kematian orang sebegini menghidupkan hati-hati. Orang-orang soleh menangisi pemergiannya. Namun, mudah-mudahan kematian orang seperti Siti Sarah ini, ianya menyentap jiwa di kalangan orang-orang yang sedang leka dan terlalai seperti saya. Di kalangan pencintanya, followersnya, ramai yang menyayanginya. Subhanallah.
Pada Siti Sarah ini ada beberapa tanda khusnul khotimah, antaranya kematian kerana melahirkan anak dan juga kerana wabak. Kita tahu Siti Sarah dikenali sebagai seorang penyanyi yang berkebolehan. Seorang penyanyi yang Allah kurniakan suara yang merdu, indah. Namun, kita tahu perjalanan hidup Siti Sarah setelah bernikah, melahirkan anak. Kehidupannya mula berubah. Dia meninggalkan dunia glamour, dunia nyanyian. Sedikit demi sedikit dunia yang dia cintai.
‘Sempat memohon maaf..’
Ustazah Asma’ Harun juga bercakap dan menerangkan mengenai beberapa istilah mati syahid dan khusnul khotimah seperti mana disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Jadi, situasi penghujung Siti Sarah kerana Covid dan melahirkan anak. Jadi, kedua itu bergabung sebagai tanda shahid. Nabi SAW sebut antara syahid dan khusnul khotimah adalah apabila Allah berikan saat kematian untuk beramal soleh.
Kita tahu Siti Sarah kuarantin dahulu di rumah, tidak keluar. Maka, kita terjaga aurat kita. Dalam keadaan tersebut sudah tentu kita terjaga-jaga. Jaga lidah, jaga solat, buat taubat, jaga amal soleh, sempat memohon maaf dengan suami, sempat peluk anak, sempat memohon maaf dengan anak.
Sumber: Ustazah Asma Harun