berita

‘Dia Reply Islamic Quote Di DM’ – Mira Filzah Dedah Cara Wan Emir Mula ‘Tackle’ Di IG Story

September 4th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Penyatuan dua cinta antara Mira Filzah dan Wan Emir telah berlangsung pada 3 September 2020 disaksikan ahli keluarga tersayang dan kenalan rapat. Pasangan ini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz nikah dan memberi seutas gelang emas sebagai mas kahwin.

Artikel berkaitan: Selamat Diijabkabulkan, Ini Foto Rasmi Sekitar Majlis Pernikahan Mira Filzah & Wan Emir

Lebih menarik lagi, perkenalan mereka mula terjalin melalui teguran DM di IG Story semasa bulan Ramadan tahun lepas. Mungkin ramai ingin tahu bagaimana Wan Emir memulakan langkah beraninya untuk tegur pelakon cantik manis itu?

Pernah rejected tiga kali

Menjawab temubual bersama OHBULAN!, Wan Emir mengakui dia mempunyai keberanian untuk mesej ibu Mira Filzah.

Saya rasa sebab perasaan go all out. Tak kisah dimalukan keluarga. Dah kenal bersama keluarga walaupun dah tiga kali ditolak lamaran oleh Mira keluar bersama.

Tambah Mira, perkara yang membuatkan dia jatuh cinta terhadap Wan Emir adalah dia seorang yang tidak mudah berputus asa.

Dia reply another Islamic post

Wan Emir telah memasang niat untuk menikahi Mira Filzah sebelum dia menghantar mesej (DM) ke Instagram pelakon filem Sangkar itu. Mereka juga mengakui sudah berkenalan lama di sosial media sejak tahun 2016 lagi.

Sebenarnya, kita dah berkenalan lama tapi Mira tak notice dia. Emir pernah komen di Instagram, Mira pun pernah reply cuma I didn’t notice him at all pada 2016 itu. Semuanya bermula tahun lepas bila dia personally DM.

Sebenarnya, ketika itu pada bulan puasa, Mira posted Islamic post, dia reply another Islamic post. Dia tak ada ‘Hi’, ‘Assalamualaikum’, so Mira just reply the quote back.

Kalau dia ‘Hi’ mungkin Mira tak reply kut. Mungkin sebab dia reply the quote and Mira just said thank you, letting me know this.

Temubual penuh

SKIP THIS AD ×