berita

‘Dia Tipu Kita Fad. Dia Tidur Betul’ – Tinggal Berdua, Achey Masih Seru Abam Dalam Group Whatsapp

February 11th, 2020 | by faris
Kini Trending

Pemergian Abam bukan sahaja ditangisi peminat seluruh negara, malahan yang paling terkesan tentunya dua rakan karib arwah, Achey dan Fad. Ketiga-tiga mereka adalah ahli kumpulan lawak Bochey yang menempa dalam beberapa program realiti lawak.

Tanya projek Youtube dalam kumpulan Whatsapp

Fad berkongsi screenshot kumpulan Whatsapp mereka dimana Achey memberi salam dan bertanya mengenai perkembangan projek saluran Youtube mereka bertiga. Achey kemudian menyeru arwah seolah arwah masih wujud di dalam kumpulan tersebut.

Fad kemudian meminta Achey tidak memulakan drama sedih antara mereka kerana dia sendiri mengelak untuk masuk ke kumpulan berkenaan.

Dia tipu kita Fad

Achey kemudian mengatakan mereka ‘ditipu’ oleh Abam yang betul-betul ‘tidur’ meninggalkan mereka berdua. Fad selepas itu menenangkan keadaan meminta mereka berdua bersama menjaga nama Bocey yang menjadi satu-satunya peninggalan arwah.

Fad yang tidak dapat bersama memberi penghormatan terakhir kerana berada di Jepun turut mengenang mereka sempat bersembang bertiga dalam satu bual bicara.

Peminat Bochey tumpang bersedih

Sumber: Fad Bocey

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×