berita

‘Dia Yang Sendu, Dah Tak Laku’ – Pembantu Peribadi Hentam Semula Artis Yang Kecam Aliff Syukri

February 23rd, 2018 | by Wan
Isu & Kontroversi

Selepas seminggu ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, filem aksi, Badang lakonan Dato’ Aliff Syukri menjadi bualan netizen. Lebih hangat, beberapa orang pelakon serta penggiat seni tanah air turut meluahkan rasa kurang senang dengan sikap Dato’ Aliff Syukri.

Artikel Berkaitan: ‘Ini Tempat Kami Cari Makan, Dia Tak Layak’ – Pengarah & Amyza Aznan Selar Aliff Syukri?

Terbaru, pembantu peribadi beliau, mel77_melati dilihat seolah memerli semula pelakon yang mempertikai kebolehan majikannya itu. Amboi betul-betul back up ini!

Tutup periuk nasi

Di dalam video tersebut, pembantu peribadi Dato’ Aliff Syukri yang dikenali sebagai Mel itu menyangkal dakwaan majikannya menutup periuk nasi artis-artis lain.

Tambah Mel, artis berkenaan sebenarnya iri hati kerana sudah tidak menerima tawaran untuk membintangi drama atau filem.

SKIP THIS AD ×