Pelakon Diana Danielle membuat pendedahan mengejutkan apabila mengumumkan akan bercerai buat kali kedua dengan suaminya, Farid Kamil.
Artikel Berkaitan: Nama Dipetik Jadi ‘Suami Contoh’, Farid Kamil Nasihat Kembali Kepada Agama
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nak Pengakhiran Yang Aman & Baik’ – Diana Danielle
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil, Diana Danielle Cerai Talak Satu Melalui Google Meet
Enggan kongsi punca
Menerusi hantaran di Instagram, Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson, 33, memaklumkan akan memfailkan perceraian.
Saya dah buat keputusan untuk berpisah dengan suami dan akan failkan cerai.
Jangan pujuk
Walau bagaimanapun, Diana enggan mengulas dengan lebih lanjut berhubung perkara tersebut.
Tidak, saya tidak akan jelaskan mengapa. Seperti biasa, mungkin dia (Farid) akan bawa bunga, cincin dan janji palsu.
Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu menegaskan di kapsyen ‘Rujuk bukan untuk semua orang, lepaskan saya. Terima kasih.’
Terdahulu, selepas 11 tahun perkahwinan, Diana dan Farid bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.
Pasangan itu kemudian rujuk semula dalam tempoh iddah.
Perkahwinan mereka dikurniakan dengan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.