Sekadar gambar hiasan
Harapkan pegar pegar makan padi, itulah ungkapan yang paling sesuai menggambarkan tindakan ‘durjana’ seorang bapa dan tiga orang anaknya yang dipercayai telah merogol dan meliwat anak perempuannya. Kejadian tersebut berlaku di Taman Sri Krubong, Tanjung Minyak Melaka.
Artikel Berkaitan: Doktor Tergamam Pelajar Perempuan Mengaku Dirogol Bapa Kandung Tapi Lagi ‘Geram’ Bila Ibu Sendiri…
Artikel Berkaitan: Akibat Berjauhan Dan Lama Tidak ‘Dilayan’ Suami, Ibu Cabul Anak Sendiri
Artikel Berkaitan: Kenapa Uncle Tonyoh Muka Kakak Dekat…’ – Ibu Tergamam Anak Jadi Mangsa Kerakusan Kawan Baik Suami
Sudah ditahan pihak polis
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, keempat-empat individu berkenaan sudah ditahan oleh pihak polis susulan laporan yang telah dibuat oleh mangsa pada Rabu yang lalu. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, mangsa yang berusia 18 tahun mendakwa telah dirogol dan diliwat di sebuah rumah.
Mangsa mendakwa dirogol dan diliwat secara bergilir-gilir oleh tiga abangnya di rumah. Mangsa juga dikatakan diberikan minuman yang dicampur dengan bahan disyaki dadah oleh suspek sebelum dirogol.
Ujar Sukri, lagi, mangsa dipercayai akan dipukul jika dia melawan dan dirogol pada waktu malam.
Siasatan dilakukan mendapati, kejadian berlaku sejak Februari 2020 dan kali terakhir pada hujung Februari lalu.
Susulan itu, empat suspek terbabit dan seorang wanita yang juga kakak ipar mangsa ditahan antara jam 12.45 tengah malam hingga jam 1.13 pagi semalam.
Direman 7 hari
Sekadar gambar hiasan
Kini, keempat-empat mereka yang berusia 23 hingga 48 tahun sudah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. Apa yang lebih mengejutkan, menerusi hasil ujian saringan air kencing, pihak polis mendapati tiga daripada suspek positif dadah jenis Methamphetamine.
Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro