Di Instagram, pelakon Uqasha Senrose berkongsi beberapa foto tatkala menghadiri ceramah Ustaz Azhar Idrus, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘I Love You Bukan Kerana Emas Berlian Tetapi Cara Mama Jaga & Sayang Saya’
Tak nak orang fitnah
Menurut Uqasha, dia sangat meminati cara Ustaz Azhar memberi ceramah. Bukan itu sahaja, dia menerima banyak ilmu ketika menghadiri majlis tersebut.
Ya Allah dapat juga jumpa bergambar dengan ustaz @uaioriginal. Memang dah lama sangat minat cara dia berceramah, walaupun demam tak sihat, sha makan ubat painkiller pagi drip just to attend ceramah dia.
Banyak ilmu dia kongsikan tadi best best best ! Qasha excited sangat sangat! Terlalu terujaaaa.Habis ceramah rasa nak demam balik. Tapi hopefully sihat laaa nak kerja banyak tertangguh.
Meskipun berkongsi perkara yang baik di media sosial, isteri kepada pelakon, Kamal Adli ini tidak terlepas daripada komen negatif netizen. Ujar netizen, Uqasha didakwa berada terlalu dekat dengan Ustaz Azhar ketika mengambil foto.
Susulan daripada itu, Uqasha tampil memberikan respons. Ujar Uqasha, dia masih tahu batas ketika mengambil foto bersama pendakwah tersebut.
Tak perlu kot mulut tu memandai kalau tak ada dekat tempat tu. Angle ni sisi awak tengok tu nampak macam tu. Saya tahu batas saya ya.
Orang kanan kiri tolak tolak jadi la tak balance kami berdua ya Allah. Ni dari sisi lain, tak nak orang fitnah cakap saya nak rapat tak tentu pasal.
Menurut Kamal Adli pula, dia sendiri akan menegur isterinya sekiranya mengambil foto terlalu dekat bersama Ustaz Azhar.
Sabar yang lain. Kalau rapat sangat saya yang tegur siap-siap dah. Itu camera angle saja. Jangan mudah nak menaip tu ye. Kalau rapat sangat pun lari dah ustaz tu. Dah laa cukup laa korang.
Sumber: Uqasha Senrose