berita

Didakwa Curi Telefon, Mak Nyah Terjun Kereta, Maut Sebelum ‘Servis’

January 2nd, 2019 | by faris
Kini Trending

Seorang mak nyah dibelasah hingga maut Disember lalu. Sekumpulan lelaki didakwa menggunakan senjata tumpul dalam kejadian di hadapan sebuah hotel di Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

Terbaru, kejadian hampir sama berlaku dan turut meragut nyawa seorang mak nyah setelah terjatuh dari kenderaan dinaiki bersama pelanggannya.

Bakal pelanggan sedar telefon hilang

Juga berlaku di Bukit Tinggi, mangsa yang berusia 39 tahun dikatakan telah mencuri telefon bimbit pelanggannya. Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian berlaku ketika lelaki 55 tahun berkenaan hendak melanggan mak nyah itu.

Walaubagaimanapun, niat berkenaan dibatalkan dan lelaki berkenaan sedar telefonnya hilang.

Ketika dalam perjalanan menghantar pulang mak nyah berkenaan menaiki kenderaan MPV, suspek telah bertanyakan kepada mangsa berkenaan kehilangan telefon bimbit tersebut.

Suspek bagaiamanapun tidak berpuas hati dengan jawapan mangsa. Di pertengahan jalan, mangsa yang cuba melarikan diri dipercayai telah terjun daripada kenderaan hingga menyebabkan kecederaan parah.

Parah di kepala

Hasil bedah siasat, mangsa didapati mengalami kecederaan parah di kepala namun tiada kesan pergelutan ditemui.

Semakan lanjut mendapati mangsa berasal dari Sabah memiliki tiga rekod dadah.

Suspek berjaya ditahan dan direman tujuh hari dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×