berita

Didakwa Hentam Neelofa Di Instagram, Sarah Hildebrand Padam Akaun IG?

April 8th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Semalam, pelakon Sarah Hildebrand didakwa memuat naik keratan foto menampakkan dirinya bersama pengacara Neelofa. Malah, posting tersebut turut kelihatan Sarah mengkritik semula tindakan peminat kepada pengacara itu yang didakwa pernah mengecam penampilannya sebelum ini.

Artikel berkaitan: Didakwa Pernah Kecam Neelofa Lancar Tudung Di Kelab Malam, Ini Respon Sarah Hildebrand

Namun, tidak lama kemudian pelakon itu dipercayai sudah menurunkan posting tersebut dan menyahaktifkan akaun Instagramnya.

‘Ini bukan satu sarkas’

Sumber: Gempak

Memetik laporan Gempak, dalam posting Sarah sebelum ini dipercayai pelakon itu mengingatkan semula tindakan peminat fanatik Neelofa yang pernah menyamakan peribadi Neelofa dengan isteri Nabi Muhammad SAW iaitu Siti Khadijah.

Sekarang apa? Apa yang kamu boleh katakan kepada diri sendiri? Ingat lagi tak apa yang kamu pernah katakan kepada aku?

Anda membandingkan dia dengan isteri baginda Nabi Muhammad SAW. Seorang wanita yang tiada tolak bandingnya dengan sesiapa di atas muka bumi ini. Wise up and stop clowning around. Ini bukan satu sarkas.

Sementara itu, di IG Stories kelihatan Sarah juga memuat naik foto yang sama dan disertakan dengan emoji simbol jari tengah.

Akaun dinyahaktifkan

Tidak lama kemudian, laman akaun Instagram Sarah juga sudah tidak kelihatan dan dipercayai dia telah memadam akaun tersebut.

Tindakan pelakon itu memuat naik posting berkenaan telah mencetuskan pelbagai perasaan netizen di ruangan komen. Malah, ada juga netizen menasihati Sarah untuk melupakan perkara yang lalu dan memulakan hidup baharu.

Sumber: Astro Gempak

SKIP THIS AD ×