berita

Didakwa Persoal Kesetiaan Masyarakat Hindu, Menteri Gesa Tindakan Diambil Terhadap Zakir Naik

August 13th, 2019 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Penceramah bebas dari India, Dr Zakir Naik didakwa telah mempersoalkan kesetiaan masyarakat Hindu dan mengancam keharmonian pelbagai kaum di Malaysia.

Menerusi laporan Sinar Harian, Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran menggesa tindakan diambil terhadap penceramah itu ekoran merendahkan rakyat di negara ini sedangkan pengetahuannya mengenai sejarah Malaysia hanya sedikit.

Membandingkan masyarakat Malaysia dan India

Menurut Kula Segaran, penceramah itu telah membandingkan masyarakat Hindu di Malaysia yang dikatakan mendapat lebih banyak keistimewaan berbanding masyarakat Islam di India ketika memberi ceramah di Kelantan baru-baru ini. Di samping itu, penceramah itu juga mendakwa penganut Hindu di Malaysia lebih setia kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi berbanding kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain itu, Menteri Sumber Manusia itu turut mempersoalkan sama ada Zakir cuba mencipta keresahan dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia agar dia dapat menikmati keistimewaan melalui sokongan masyarakat Islam untuk terus tinggal di negara ini. Memandangkan Malaysia sebuah negara yang unik dan harmoni berbanding kebanyakan negara Islam lain.

Tindakannya tidak menggambarkan statusnya sebagai penduduk tetap dan perkara ini akan dibawa ke mesyuarat Kabinet seterusnya. Adakah Zakir juga sedang memanfaatkan polemik semasa berkaitan bangsa dan agama di negara ini demi kelangsungan hidup dan faedahnya dengan menggunakan wang pembayar cukai.

Asas kestabilan sudah berakar umbi dalam menampung pelbagai kumpulan etnik, tanpa mempersoalkan kesetiaan mereka kepada negara. Undang-undang tertinggi negara adalah sekular dan mampu memberikan kebaikan kepada semua. Wajarkah Malaysia berpecah hanya kerana seorang lelaki bernama Zakir Naik. Tiba masanya orang asing yang dalam buruan ini meninggalkan Malaysia dan berdepan dengan tuduhan keganasan dan penggubahan wang haram di India.

Pakar dalam bidang agama

Menerusi laporan Malaysia Kini, Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, menyangkal pendakwah terkenal Dr Zakir Naik sebagai seorang pengganas seperti didakwa sesetengah pihak. Menurutnya, Zakir hanya pakar dalam bidang perbandingan agama antara Islam dan agama-agama lain, tidak ada satu perkara yang membuktikan beliau seorang pengganas.

Jika perbicaraan akan terjejas kerana ras, agama, kerakyatan dan fahaman politik dan jika dihalang oleh masa.

Tambahnya lagi, di bawah undang-undang ekstradisi suatu permohonan boleh ditolak jika wujud keadaan seperti pendakwaan bersifat politik disebabkan ras, agama, kerakyatan dan fahaman politik.

Undang-undang ekstradisi

Terdahulu, Musa Hassan mengulas berkenaan isu ini di Twitter akaun ‘Harapan Malaysia Baharu’ yang menulis “Sebagai bekas Ketua Polis Negara, kenapa Tan Sri Musa (Hassan) sokong Zakir (Naik) yang diburu oleh Kerajaan India sebab menghadapi pelbagai tuduhan.” Musa membalas, “Adakah Pertubuhan Polis Antarabangsa (Interpol) telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Zakir jika beliau seorang penjenayah antarabangsa yang dikehendaki.”

Sumber: Sinar Harian & Malaysia Kini

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×