Gambar sekadar hiasan
Seorang remaja lelaki yang disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan pada ambang tahun baharu beberapa hari lalu berjaya ditahan pihak polis dalam sebuah bas di Bentong, Pahang.
Artikel Berkaitan: Lelaki Sanggup Ulang-Alik 300km Sebab Nak Rogol Remaja 14 Tahun
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, suspek yang baru sahaja berusia 17 tahun ditahan ketika bas tersebut dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut melalui keluarga mangsa yang hadir ke pejabat polis pada pagi Isnin.
Menurutnya, mangsa yang berusia 13 tahun dipercayai keluar dengan suspek yang dikenalinya itu tanpa pengetahuan ahli keluarga yang lain.
Mangsa dikatakan keluar dengan suspek menaiki motosikal dari Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu untuk bersiar-siar di sekitar Besut dan Pasir Puteh sempena tahun baharu.
Suspek kemudian didakwa membawa mangsa ke sawah padi sebelum merogolnya dan mangsa ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Balai Polis Banggol Judah, Machang.
Bertindak atas maklumat, kita berjaya memberkas suspek jam 1.00 tengah hari tadi dipercayai cuba melarikan diri ke Kuala Lumpur.
Suspek kini ditahan reman dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro