berita

Diejek Perkataan Berbaur Perkauman Sejak Usia 6 Tahun, Ammar Alfian Throwback Pengalaman Tinggal Di US

June 2nd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Dunia hari ini hangat memperkatakan mengenai isu warna kulit yang boleh diklasifikasikan sebagai racism. Isu ini dipercayai tercetus apabila tindakan anggota polis minneapolis berlaku kejam terhadap seorang lelaki warga Afrika-Amerika iaitu George Floyd.

Pelakon Ammar Alfian turut berkongsi pengalaman dan pandangan terhadap isu warna kulit ini di laman Instagram. Isu ini telah dihadapinya sejak berusia 6 tahun lagi ketika menetap di Norwalk, Los Angeles.

Berlaku sejak usia 6 tahun

Isu racism warna kulit ini mengingatkan Ammar Alfian ketika zaman kanak-kanaknya sekitar era 90an. Ketika itu mereka sekeluarga menetap di Norwalk ,Los Angeles sementara menunggu ibu bapa menamatkan pengajian di sana.

Ketika berusia 6 tahun lagi, Ammar seringkali diejek dan direndahkan martabat oleh rakan-rakan hanya berkawan dengan Mexican dan Black. Meskipun, diusia kanak-kanak begitu dia tidak memahami erti racism. Situasi ini juga pernah berlaku kepada ibu bapa. Ibunya bekerja sambilan sebagai tukang pembersihan bagi menanggung kos pengajian di negara itu dan sering dicerca hanya kerana dia memakai hijab.

Disebabkan warna kulit

Perkara ini berlarutan bertahun-tahun sehingga mereka berpindah ke UK dan pulang ke Malaysia. Tidak sangka, isu warna kulit juga berlaku di Malaysia. Dimana dia pernah dipanggil ‘Bangla’ di sekolah. Dia juga binggung dan tidak memahami permasalahan mengenai warna kulitnya.

Mereka menilai dari warna kulit

Rata-rata manusia memandang tinggi terhadap warna kulit putih. Namun, hingga ke hari ini mereka juga menilai seseorang melalui warna kulit. Menjadi persoalan utama adalah kenapa dilahirkan putih itu adalah sangat penting? sehingga racism warna kulit ini telah mencetuskan rusuhan yang sangat besar.

Sumber: Ammar Alfian

SKIP THIS AD ×