Digelar ‘anak angkat’ pontianak kerana memiliki rupa paras yang cantik lagi menawan, kisah seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Tiara Kartika, berjaya membuat bulu roma netizen meremang. Kenapa?
Artikel Berkaitan: Viral Video Pocong Tumpang Abang Lori Atas Highway – ‘Macam-Macam Doa Dah Baca Tapi Tak Jalan Juga’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pocong ‘Teman’ Turun Gunung
Jumpa dalam mimpi
Kisah ini mula viral apabila seorang Youtuber, Karol Inoviani memuat naik kisah Tiara di akaun rasminya. Menurutnya, Tiara ditemui ditengah hutan oleh seorang wanita bernama Nur sejak 11 tahun yang lalu. Berikutan daripada itu, Nur menjaga Tiara sehingga kini.
Menerusi video tersebut, Tiara menyatakan bahawa dia hanya bersekolah sehingga darjah 3. Umur dan tempat tinggalnya juga masih tidak dapat diketahui sehingga kini. Tiara memberitahu ‘ibu angkatnya’, pontianak akan menjenguknya ketika di dalam mimpi.
Setiap malam Tiara bermimpi, dia sedang bersedih dan menangis kerana merindukan Tiara. Tiara sering menberitahu nenek hal tersebut. Namun, nenek meminta untuk Tiara tidak memikirkannya.
Menurutnya lagi, dia sering diganggu rakan-rakannya kerana sering bercakap sendirian. Berikutan daripada itu, setiap rakan yang pernah menganggunya akan ditimpa musibah. Malahan, ada juga yang kurang bernasib baik dan meninggal dunia. Susulan daripada itu, Tiara tidak lagi diganggu. Terbaru, Tiara dilaporkan sudah mula bersekolah semula.
Video
Sumber: Karol Inoviani