berita

Dilabel Sebagai Simbol Seks, Ms Puiyi Malas Layan Mulut Netizen – ‘Mahu Fokus Dalam Bidang Seni’

March 2nd, 2023 | by Wani
Kini Trending

Pempengaruh Ms Puiyi yang kini bergelar pelakon, dilihat perlahan-lahan membina imej baru di dalam industri seni.

Artikel Berkaitan: Netizen Kecam Berlakon Dalam Filem Pulau, Ini Sebab Alif Satar Terima Tawaran

Artikel Berkaitan: Filem Pulau ‘Haram’ Ditayang Di Terengganu, Penerbit Rugi RM500,000 Penaja Tarik Diri

Fokus bidang seni

Ketika ditemui OhBulan!, Puiyi atau nama penuhnya Siew Pui Yi memaklumkan akan lebih fokus pada karier kini. Dengan itu, dia tidak lagi aktif dalam membuat konten di platform tontonan dewasa.

Tahun ini, saya akan fokus berlakon filem dan akan ada beberapa filem yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Sudah tentu juga, sebagai DJ kelab malam. Saya juga seorang penerbit muzik. Selain itu, saya akan muncul dengan single baharu tidak lama lagi.

Puiyi berkata demikian ketika tayangan perdana filem Pulau di GSC Starling Mall, baru-baru ini.

Simbol seks

Apabila ditanya tentang pandangannya terhadap simbol seks yang melekat pada pempengaruh berusia 24 tahun itu, dia menyatakan bahawa enggan memikirkan kata-kata daripada umum.

Bagi saya, seseorang yang seksi saya tida masalah nak mainkan karakter atau peranan yang diberikan.

Tapi, kalau dalam platform lain saya dah tak buat semua itu. Sekarang saya hanya banyak fokus pada karier sebagai DJ kelab malam. Kadang-kadang jadi DJ, saya perlu beraksi seksi, bergantung pada acara ketika itu.

Dalam pada itu, Puiyi menyatakan peluang menjadi salah seorang pelakon dalam filem Pulau merupakan sesuatu yang menyeronokkan buatnya.

Saya agak takut dan pada masa yang sama, gemuruh (terhadap respons penonton).

Sekadar info, Siew Pui Yi merupakan pempengaruh sensasi di media sosial yang dikenali dengan konten erotik dan mencolok mata. Puiyi memiliki seramai 20.5 juta pengikut di Instagram (IG).

Filem Pulau secara rasminya akan mula ditayangkan pada 9 Mac 2023 di 120 buah pawagam seluruh Malaysia.

SKIP THIS AD ×