Selepas berjaya dengan empat edisi sebelum ini, Malaysia Hobby Expo 2023 kini kembali dengan menjanjikan lebih dari 50 jenis hobi dalam satu acara termasuklah hobi berkaitan kereta kawalan radio, koleksi vintaj, sukan lasak, haiwan peliharaan, buku dan majalah, seni kraftangan dan banyak lagi.
Artikel Berkaitan: Event Legacy Rider 2.0 Kembali Semarakkan Industri Pelancongan & Permotoran Negara
Tiket serendah RM20
Berlangsung selama dua hari pada 2 dan 3 Disember ini, Malaysia Hobby Expo yang bakal diadakan di MAEPS Serdang ini turut disempurnakan bersama penganjur utama Specta Group Venture dan Shopee sebagai penaja utama.
Menurut pengasas kepada Malaysia Hobby Expo, En Muhammed Fidzri Syafeeq, kewujudan expo ini merupakan inspirasi yang diperolehi dari expo antarabangsa dari Jepun, Beijing, Shizouka dan Moscow di mana acara pertama yang diadakan di Malaysia adalah pada tahun 2016 dan kali terakhir adalah pada tahun sebelum pandemik Covid-19 iaitu 2019.
Sasaran tahun ini adalah seramai 25,000 orang setiap hari, tambahan 35 % dari sasaran pada 2019.”
Acara ini adalah acara yang ke-5 sejak penubuhannya pada 2016 dan bangkit kembali pada tahun ini selepas Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Antara yang menarik adalah acara ini merangkumi pelbagai hobby dan setiap hobby ada di zon-zon yang dikhaskan.
Terdapat beberapa zon yang utama seperti zon “Hobby Bazaar”, “Hobby Group”, “Vintage Bazaar”, zon sukan lasak, zon haiwan peliharaan dan zon “Outdoor” yang juga merangkumi 250 pempamer dalam acara ini. Yuran kemasukkan acara ini adalah serendah RM20.00 untuk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak bagi 2 hari acara tersebut.
Penganjuran Malaysian Hobby expo kali ini adalah dengan penglibatan bersama nama nama besar iaitu MPH, Todak, U Moblie, Gardenia, FITA Hobby Shop dan Decathlon. Selain itu, ekspo ini juga terlaksana dengan penganjuran bersama Malaysia Cat Groomer Association, Exotic Animal Expo, Seri Bayu Tekala dan Eight Bar. Choii pula adalah “Rakan Merchandise” rasmi acara ini.
Kami juga mendapat sokongan dari Kementrian Belia dan Sukan dan juga Rakan Muda untuk menjayakan acara ini.
Selain daripada mengunjungi expo berkaitan dengan hobi ini, pengunjung juga akan berpeluang menikmati acara kemuncak iaitu Konsert “Passion of Sound” yang bakal menampilkan 5 selebriti terkenal tanah air iaitu Ruffedge, Gerhana SKA Cinta, Insomniacks, Saixe dan Hujan.
Konsert mega ini akan berlangsung pada 2 Disember 2023 bermula jam 7 petang sehingga 12 malam.
Ini adalah konsert gabungan yang cukup hebat dan harga tiket untuk konsert ini adalah yang termurah di Malaysia dengan artis yang membuat persembahan dan kami memastikan kelainan yang tidak ada di konsert yang lain.”
Konsert “Passion of sound” ini di taja oleh Elf Bar sebagai penaja utama. Dengan setiap pembelian tiket konsert , pembeli layak menyertai cabutan bertuah yang cukup lumayan seperti sebuah Kereta BMW, Motorsikal, PS5 & lain-lain hadiah yang menarik.
Tiket pembelian konsert ini akan di jual di platform Shopee & Platform digital kami bermula pada 21 November. Setiap pembelian tiket juga layak untuk cabutan bertuah. Cabutan ini akan dibuat pada malam tersebut dan hadiah cabutan ini adalah yang teristimewa sempena tahun ke-5 Malaysia Hobby Expo ini.
Setiap pembelian tiket Malaysia Hobby Expo atau Konsert “Passion Of Sound” layak untuk cabutan bertuah yang bernilai RM50,000. Antara hadiah yang menarik adalah sebuah kereta MYVI fully convert, 2 biji Motorsikal Yamaha LC V8, TV 55’, Playstation dan 10 unit Jam G-shock.
Pertandingan memancing pun ada
Buat kaki pancing, anda juga berpeluang menunjukkan kehebatan anda dengan menyertai pertandingan memancing yang akan diadakan pada hari kedua Malaysia Hobby Expo 2023 bertempat di tasik MAEPS.
Pertandingan memancing yang dianjurkan bersama dengan Seri Bayu Tekala & di taja oleh ELF BAR sebagai penaja utama bakal menawarkan ganjaran bernilai RM50,000 secara keseluruhan untuk pemenang acara memancing.
Kami sudah mempersiapkan pelbagai platform pemasaran seperti billboard, iklan di radio dengan radio Hot FM sebagai radio rasmi dan juga dari selebriti seperti Fizo Omar, Shuib dan ramai lagi.
Justeru, harapan kami tahun ini adalah supaya lebih ramai orang terutama kepada generasi muda untuk menikmati hobby secara sihat dan kreatif. Selain itu, kami menggalakkan generai muda yang mempunyai minat dalam perniagaan untuk mempamerkan produk mereka semasa acara ini diadakan.