berita

Dipukul Bapa Dengan Tukul Ketika Sedang Baca Al-Quran Hanya Kerana…

March 5th, 2019 | by Ai
Kini Trending

bapa pukul anak

Bapa bukan sahaja digelar sebagai ketua keluarga malah dia juga menjadi pelindung kepada isteri dan anak-anaknya. Tapi, lain pula dengan tragedi yang dilaporkan oleh Harian Metro ini apabila seorang bapa bertindak menghentak anak perempuanya menggunakan tukul pemecah dinding.

Pukul ketika anak sedang baca al-Quran

bapa pukul anak

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, kejadian ituberlaku di Parit Sungai Melan, Kuala Kurau, Parit Buntar di mana wanita berumur 24 tahun parah dipukul ketika dia sedang membaca al-Quran.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku antara jam 5.30 petang hingga 6.30 petang semalam ketika bapa mangsa yang berkerja sebagai tukang rumah dikatakan baru pulang dari berkerja.

Ketika kejadian, mangsa sedang membaca al-Quran sebelum didatangi bapanya yang secara tiba-tiba bertindak memukul mangsa di kepala menggunakan tukul pemecah dinding.

Bapa kesal hentak kepalanya sendiri

bapa pukul anak

Selepas melakukan perbuatan tersebut, bapa yang berumur 58 tahun itu berasa kesal lalu bertindak dengan menghentak kepalanya sendiri pada dinding rumah.

Akibat kejadian itu, mangsa parah manakala bapanya yang dipercayai menyesal dengan kejadian itu bertindak menghentak kepalanya pada dinding rumah dan menerima lima jahitan di kepala.

Suspek juga mengalami keretakan pada tulang tapak tangan kiri akibat tindakan mencederakan dirinya sendiri.

Puncanya anak tak dapat kerja lagi

bapa pukul anak

Berdasarkan siasatan, punca kejadian bapa mangsa bertindak demikian kerana anaknya belum menerima pekerjaan selepas mendapat ijazah dalam perakaunan. Kini, mangsa yang parah telah dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun berikutan kecederaan serius dialaminya.

Bapanya pula telah ditahan polis ketika menerima rawatan di Hospital Parit Buntar dan proses permohonan reman akan dibuat hari ini.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×