berita

Disaat Graduan Lain Naik Kereta Mewah, Lelaki Ini Tak Segan Naik Beca Hadiri Konvokesyen Bersama Ibu

January 28th, 2021 | by Amirul Asraf
Video Popular

Konvokesyen merupakan momen yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar. Namun, pada tahun ini, peluang untuk pihak universiti menganjurkan istiadat tersebut masih belum mampu diteruskan. Ini kerana, keadaan pandemik Covid-19 yang sedang melanda kebanyakan negara masih di tahap yang membimbangkan.

Artikel berkaitan: UiTM Pahang Adakan Konvokesyen Secara Janji Temu, Graduan Rasai ‘Suasana’ Graduasi

Artikel berkaitan: Sedih Konvo Tak Ada, Lelaki Ini ‘Set Up’ Majlis Konvo Di Rumah, Terima Ijazah Dari Mak Sendiri!

Namun begitu, di TikTok, seorang lelaki yang dikenali sebagai Riyanda74, berkongsi sebuah video yang menunjukkan seorang graduan menghadiri majlis konvokesyen menaiki beca bersama ibu bapanya. Lebih tersentuh, kesemua graduan lain menaiki kereta semasa menghadiri istiadat tersebut.

Tersentuh melihatnya

Menerusi laporan Indozone, video tersebut dipercayai dirakam sewaktu majlis konvokesyen Kampus Kesehatan Medistra Deli Serdang, Sumatera Utara, Indonesia. Majlis konvokesyen yang dipercayai diadakan secara drive thru itu menunjukkan momen di mana semua graduan dan ibu bapa menaiki kenderaan masing-masing untuk meraikan hari yang ditunggu-tunggu itu.

Kelibat salah seorang graduan dan orang tuanya yang menaiki beca tatkala, semua graduan lain menaiki kereta ternyata menyentuh hati netizen. Mereka memuji graduan tersebut kerana tidak malu menaiki beca semasa menghadiri konvokesyen pada hari tersebut.

Semoga Alla luaskan rezekinya

Rata-rata netizen tersentuh melihat video tersebut. Mereka turut mendoakan agar pelajar tersebut dimurahkan rezeki dan menjadi insan yang hebat suatu masa nanti.

Sumber: Riyanda74 & Indozone

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×